I Want to Touch A Dog: Ada Niat Pecah Belahkan Umat Islam – Mufti Kelantan (video) - pakdin.my

sentuh-anjing-pandangan-mufti-kelantan

Ada agenda memecah belahkan umat Islam negara ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, dipercayai musuh islam yang ektrimis dan berkepentingan, menyusun pelbagai program, bagi menimbulkan ketegangan dan kecelaruan pemikiran umat Islam.

Beliau yang merujuk program menyentuh anjing di Bandar Utama, Selangor Ahad lalu berkata penganjurannya dilihat bertujuan mencabar serta merombak dan mengubah Hukum Syarie.

Katanya, kejernihan dan kedamaian Hukum Syarie di rantau ini, sengaja diganggu gugat dengan pemikiran baru berbentuk liberalisma, dan pluralisma.

Menurut Datuk Mohd Shukri,program yang diatur itu, menjurus kepada perbalahan dan perpecahan dalaman umat Islam.

Justru itu, umat Islam dinasihatkan lebih peka terhadap isu keagamaan semasa, dan merujuk kepada Al-Quran dan Hadis.

 

 

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAI Want to Touch A Dog: Ada Niat Pecah Belahkan Umat Islam...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium