UtamaGAYA HIDUPAGAMAMaal Hijrah: Kembali Kepada...

Maal Hijrah: Kembali Kepada Al-Quran, Sunah Untuk Perkukuh Perpaduan Ummah - pakdin.my

kembali-kepada-sunnah

Umat Islam menyambut tahun baharu 1436 Hijrah ini dan masyarakat Islam di negara ini sekali lagi memperbaharui azam dan tekad untuk memajukan diri selaras dengan tuntutan syariat.

‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ yang menjadi tema sambutan Maal Hijrah pada kali ini dilihat bertepatan dengan keadaan masa kini apabila umat Islam berhadapan pelbagai cabaran termasuk perbezaan pemahaman soal agama sehingga menimbulkan percanggahan pendapat dalam banyak perkara.

Khuatir akan hal itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu) Ahmad Fazrin Yahaya mengingatkan masyarakat Islam supaya kembali kepada al-Quran dan sunah sebelum perbezaan pendapat menjadi barah dalam penyatuan ummah.

Beliau berkata pada masa ini percanggahan pendapat dalam masalah agama timbul kerana umat Islam bergantung kepada logik akal tanpa menjadikan al-Quran dan sunah sebagai asas merungkai permasalahan.

Konteks ini, katanya bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak sesat selama mana kamu berpegang teguh dengan keduanya, iaitu al-Quran dan sunah”.

Justeru Ahmad Fazrin berkata pihak bertanggungjawab perlu proaktif menyemarakkan program keagamaan termasuk mengadakan perbincangan menyeluruh mengenai kekeliruan pendapat berkenaan hukum bagi melahirkan masyarakat Islam celik agama.

“Jangan menunggu sehingga sesuatu hal berlaku baru nak mengeluarkan kenyataan, sebaliknya umat Islam perlu terus dididik untuk menitikberatkan kepentingan mempelajari ilmu agama agar sentiasa berada pada landasan syariat yang sebenarnya,” katanya.

Ahmad Fazrin berkata pengurusan khilaf (perbezaan pendapat) perlu dilakukan bagi memastikan setiap isu berkaitan agama dapat diselesaikan dengan lebih berkesan.

“Dalam hal ini, pihak berkuasa agama perlu mengangkat isu menguruskan khilaf ini, sekali gus mengambil contoh bagaimana para ulama dahulu menguruskan pertembungan dan perbezaan pendapat sesama mereka,” katanya.

Pandangan sama dikongsi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Mohammad Fazril Mohd Saleh yang menyatakan bahawa umat Islam di negara ini perlu menerapkan konsep kesepakatan ummah dalam menangani isu-isu semasa.

Menurutnya, umat Islam harus bertindak lebih bijak apabila berhadapan dengan pelbagai permasalahan kompleks melibatkan sensitiviti agama, dan dalam masa sama menyelesaikannya tanpa perlu bertelagah.

Mengambil contoh isu penggunaan kalimah Allah, status halal coklat keluaran Cadbury Malaysia dan penganjuran program ‘I Want To Touch A Dog’, Mohammad Fazril berkata umat Islam tidak seharusnya cepat melatah mahupun bertelagah sesama sendiri bila wujud perbezaan pemahaman.

“Sebaliknya, kita perlu menyelesaikan masalah ini dengan cara yang betul mengikut syariat Islam supaya penganut agama lain tidak mempunyai persepsi negatif terhadap agama Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Fazril mengajak golongan belia Islam untuk mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan agama yang kukuh bagi memastikan mereka tidak mudah terpengaruh dengan perubahan dunia globalisasi yang kian mencabar.

Beliau berkata golongan belia yang bakal mewarisi kepimpinan negara juga harus menjadi ikon terbaik dalam membentuk jati diri belia Islam yang sejati pada masa akan datang.

Untuk itu, Mohammad Fazril berharap akan lahir lebih ramai ulama atau ilmuan Islam dalam kalangan belia yang berkredibel bagi membimbing golongan muda berfikir tanpa melampaui batasan agama Islam.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...