Tiada Bahan Letupan Ditemui Dalam Beg Yang Ditinggalkan (video) - pakdin.my

bom-dalam-beg-medan-tuanku-2

Polis mengesahkan tiada bahan letupan ditemui di dalam beg yang ditinggalkan dekat sebuah bank di Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

Ia sebaliknya hanya mengandungi pakaian selepas dibuka unit pemusnah bom.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, beg itu disahkan tidak mengandungi sebarang bom atau bahan yang berbahaya.

Ia dipercayai ditinggalkan seorang individu kira-kira jam 4 petang.

Orang awam yang curiga dengan beg berwarna hitam itu, memaklumkan kepada polis.

Katanya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup, CCTV untuk mengenal pasti individu terbabit.

 

UTAMABERITATiada Bahan Letupan Ditemui Dalam Beg Yang Ditinggalkan (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium