MELAKA: Seorang ibu mengaku tidak bersalah atas dakwaan mendera dua anak tirinya pada Jun lalu.
Rafeah Jamudin, 38 tahun didakwa atas dua pertuduhan di hadapan Majistret Norina Maludin.
Dia didakwa menyebabkan kecederaan fizikal seluruh badan kepada Muhammad Al Iqram Abdul Rahman, 7 tahun dan Siti Nur Qaisarah Abdul Rahman, 4 tahun.
Kejadian dilakukan pada jam 10 pagi di sebuah rumah Di Taman Air Molek, Melaka pada 19 Jun dan 24 Jun lalu.
Kesalahan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sabit kesalahan penjara maksimum 10 tahun, denda RM 20,000 atau kedua-duanya.
Kes disebut semula 9 Disember depan.