Leka Dengan Telefon Bimbit – Penuntut USM Maut Kemalangan (video) - pakdin.my

maut-akibat-leka-dengn-telefon-bimbit

Leka dengan telefon bimbit, seorang pelajar Universiti Sains Malaysia, USM, maut dalam satu kemalangan di lampu isyarat Persimpangan Pesiaran Mayang, Bayan Baru malam tadi.

Kejadian berlaku jam 9 malam.

Mangsa, Tee Kuan Kooi, 28 tahun, yang memandu kereta Perodua Kancil dalam perjalanan pulang dari George Town menuju ke Bayan Lepas.

Mangsa dipercayai sibuk melayan telefon bimbit dan tidak menyedari dia berada di persimpangan lampu isyarat.

Lalu, merempuh oleh dua kereta di hadapannya.

Mangsa maut di tempat kejadian – ekoran terhentak kuat pada stereng.

Nahas menyebabkan kesesakan hampir lima kilometer.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi, mengesahkan kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau, untuk bedah siasat.

 

 

UTAMABERITALeka Dengan Telefon Bimbit - Penuntut USM Maut Kemalangan (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium