UtamaGAYA HIDUPAGAMAAlasan penghakiman Mahkamah Rayuan...

Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan buka jalan kahwin sejenis – Tun Abdul Hamid - pakdin.my

Tun Abdul Hamid Mohamad

Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan amat luas impikasinya termasuk membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Tun Abdul Hamid berkata alasan-alasan yang diberikan mahkamah itu juga menyebabkan hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah.

“Alasan penghakiman tersebut memberi implikasi apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah di negara-negara sekular.

“Apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang Hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi e-mel yang dihantar kepada Bernama bagi memberi pandangan berhubung keputusan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail,30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan undang-undang.

“Apa yang merisaukan saya ialah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap suruhan agama Islam.

“Bagi saya, jika mereka menerima bahawa kesalahan itu adalah kesalahan terhadap suruhan agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan bahawa peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu,” katanya.

Tambah beliau, sebaliknya hakim tersebut merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain seperti penghakiman Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan India sedangkan perlembagaan negara tersebut tidak sama seperti Malaysia.

“Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai kita. Hakim-hakim itu juga nampaknya sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat. Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan,” katanya.

Abdul Hamid berkata, berdasarkan alasan penghakiman yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu; undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga, boleh diisytiharkan tidak sah.

“Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis. Nampaknya apa yang saya khuatir akan berlaku telah mula berlaku,” kata beliau.

Abdul Hamid berkata setelah membaca penghakiman ringkas dalam kes tersebut beliau mendapati bahawa peruntukan Seksyen 66 itu tidak sah bukan kerana ia ‘undang-undang jenayah’ yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan tetapi kerana ia melanggar Perkara 5(1)(kebebasan diri), 8(1) (kesamarataan), 8(2) (diskriminasi), 9(2) (kebebasan bergerak) dan 10(1)(a) (kebebasan bercakap dan bersuara).

Seksyen 66 enakmen itu memperuntukkan bahawa adalah suatu kesalahan apabila lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara, tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pada 7 Nov lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 66 tersebut adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi masalah kecelaruan identiti jantina (GID).

Dalam penghakiman ringkas setebal 33 muka surat itu, Hakim Mohd Hishamudin berkata, penguatkuasaan Seksyen 66 itu akan meletakkan perayu-perayu yang mengalami GID terus hidup dalam ketidakpastian, kesengsaraan dan rasa malu.

“Seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak perayu-perayu untuk hidup secara bermaruah seperti yang dijamin oleh Perkara 5(1)

Perlembagaan Persekutuan, dengan merampas hak mereka sebagai anggota masyarakat,” kata Hakim Mohd Hishamudin.

Sementara itu, Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata satu pendekatan harmoni perlu diambil bagi menangani isu pertembungan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya pertembungan dalam peruntukan-peruntukan mampu menggugat prinsip-prinsip asas Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam konteks transgender-lelaki Islam berpakaian seperti wanita yang tercetus di Negeri Sembilan baru-baru ini, peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN), Mahkamah Syariah serta pihak berkuasa agama perlu diharmonikan dengan jaminan kebebasan asasi,” katanya dalam sidang media di Persidangan Meja Bulat ‘Gender Dalam Kerangka Maqasid: Isu-Isu Falsafah dan Perundangan’ anjuran IKIM di sini.

Beliau berkata, kepentingan dan jaminan Perlembagaan Persekutuan terhadap kebebasan asasi tidak boleh dipersoalkan.

Namun, dalam masa yang sama Perlembagaan Persekutuan juga mengiktiraf kedudukan DUN yang mempunyai kuasa perundangan untuk menjatuhkan hukuman terhadap perbuatan yang melanggar perintah agama Islam.

“Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak dan moral bagi orang Islam. Hal berkaitan pakaian adalah antara isu penting dalam ajaran dan perintah agama Islam yang mana terdapat prinsip yang jelas dalam hadis-hadis berkaitan tatasusila pakaian Muslim. Seorang lelaki tidak boleh menyerupai wanita dan begitulah sebaliknya,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion...

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...