Bangunan Kilang Western Digital Di Kg Jawa Pulau Pinang Runtuh - pakdin.my

kilang-western-digital-runtuh-3
Seorang penjaga stor kilang elektronik, Western Digital (M) Sdn Bhd maut, selepas terperangkap dalam runtuhan di tempat kerjanya di Kampung Jawa, malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bayan Baru dalam satu kenyataan berkata, Wan Nazari Wan Mokhtar, 48 tahun, meninggal dunia sebelum mangsa sempat dikeluarkan daripada runtuhan.

“Kita melakukan kerja-kerja menggerudi batu runtuhan untuk mengeluarkan mangsa.

“Tidak ada mangsa lain yang terperangkap dalam kejadian tersebut,” katanya.

Jurucakap berkenaan memberitahu, bomba menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 6.56 petang dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

Beberapa anggota dikejarkan di tempat kejadian dengan jentera dari Balai Bomba Zon 2, Bayan Baru.

 


Kejadian berlaku  jam 6:56 petang.
Seorang lelaki berusia 48 tahun dipercayai ditimpa runtuhan tersebut.
Pihak Bomba dan Penyelamat sedang melakukan operasi menyelamat.
 
kilang-western-digital-runtuh-1 kilang-western-digital-runtuh-2
 
 

UTAMABERITABangunan Kilang Western Digital Di Kg Jawa Pulau Pinang Runtuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium