Kecoh Adun PKR Inanam Roland Chia Tweet Letak Jawatan - pakdin.my

roland-chia-inanam

KOTA KINABALU: Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan (Adun) Inanam, Dr Roland Chia di Facebook dan Twitter mengenai hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat mencetuskan kekecohan banyak pihak.

Di dalam kenyataan itu, Dr Chia berkata, beliau akan mengundur diri sebagai Adun kerana sebab-sebab kesihatan.

Pengumuman itu mengejutkan teman-temannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyatakan bahawa mereka tidak menyedari tentang keputusan Dr Chia itu.

Ketua PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin berkata, beliau gagal menghubungi Dr Chia sejak mendapat tahu mengenai kenyataan Adun Inanam itu di Facebook dan Twitter.

Lajim berkata, beliau telah berhubung dengan timbalan ketua PKR bahagian Inanam yang memberitahunya bahawa Dr Chia tidak memaklumkan mereka mengenai hasratnya untuk mengundurkan diri.

“Pada masa ini, saya tidak menolak kemungkinan akaun Twitter dan Facebook Chia telah digodam,” tambahnya.

roland-chia-inanam-tweet

Dr Chia, yang merupakan seorang doktor gigi memenangi kerusi Inanam buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei tahun lepas dengan majoriti 3,202 dalam pertandingan tiga penjuru.

Beliau meraih 8,926 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Joseph Paulus Lantip dari Parti Bersatu Sabah mendapat 5,724 dan Eric Majimbun mewakili Parti Progresif Sabah menerima 5,003 undi.

UTAMAPOLITIKKecoh Adun PKR Inanam Roland Chia Tweet Letak Jawatan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium