SPR tangguh warta Notis Kajian Semula Persempadanan - pakdin.my

spr-selangor

Notis Kajian Semula Persempadanan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pada awalnya dirancang untuk diwartakan bulan ini, ditunda ke tahun depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tindakan itu kerana mahu memberi peluang kepada semua pihak melihat notis itu dipejabat SPR seluruh negara dan keadaan banjir masa kini menyukarkan penduduk di kawasan terbabit.

“Saya tengok sekarang ini banjir di beberapa tempat. Tindakan mewartakan notis Kajian Semula Persempadanan pada masa ini boleh mengakibatkan SPR dituduh sebagai tidak berlaku adil kepada pengundi yang menjadi mangsa banjir.

“Jadi SPR kena pilih tarikh yang sesuai untuk mewartakan notis itu. Bagaimanapun kenyataan media akan dikeluarkan berhubung perkara ini pada waktu yang sesuai,” katanya.

Menurutnya, Notis Kajian Semula Persempadanan bagi Negeri Sarawak telah siap dan sudah dipamer di negeri itu.

“SPR beri keutamaan kepada Sarawak kerana Sarawak telah meluluskan rang undang-undang untuk menambah jumlah anggota DUN,” katanya.

Persidangan DUN Sarawak bulan lalu meluluskan rang undang-undang menambah jumlah anggota DUN daripada 71 kepada 82 kerusi DUN bagi pertandingan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut Aziz, SPR melaksanakan proses persempadanan semula mengikut perlembagaan dan tidak berbuat sesuka hati sepertimana dakwaan pihak tertentu yang ada kaitan dengan pembangkang.

“SPR juga tidak boleh mendengar cakap-cakap pihak tertentu,” katanya.

Kajian semula Persempadanan dilakukan sekurang-kurangnya lapan tahun sekali dengan kali terakhir dilakukan ialah pada 2003.

UTAMABERITASPR tangguh warta Notis Kajian Semula Persempadanan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium