Tiga maut di Gurun akibat letupan bom bukan tong gas (video) - pakdin.my

bom-meletup-gurun

Letupan yang mengorbankan tiga orang termasuk dua beranak di sebuah rumah di Taman Ria Mesra, dekat Gurun dipercayai berpunca dari sejenis bom bukannya letupan tong gas.

Bagaimanapun, jenis bom termasuk kemungkinan jenis bom tangan atau mortar sedang disiasat oleh polis.

Sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah tidak menolak kemungkinan letupan petang tadi tadi berpunca daripada sejenis bahan letupan.

 

 

Pengarahnya, Ahmad Shahabuddin, berkata ini berdasarkan pengamatan impak letupan di lokasi kejadian oleh pihak bomba ketika melakukan kerja pemadaman sebaik tiba di lokasi kejadian jam 4.57 petang.

“Ketika menjalankan pemeriksaan, kita mengenal pasti impak yang cukup kuat terutama kesan kesan lubang pada dinding rumah terbabit yang diyakini berpunca daripada bahan letupan dan bukannya letupan tong gas memasak seperti yang didakwa.

“Buat masa sekarang kita masih menjalankan siasatan dan kita juga sudah meminta bantuan daripada Skuad Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memeriksa lokasi kejadian kerana khuatir masih terdapat bahan letupan di dalam rumah terbabit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki yang juga anggota tentera dan dua anaknya maut, manakala isterinya pula dilapor parah selepas rumah mereka digegarkan dengan letupan kuat.

Mangsa dipercayai anggota itu dikenali sebagai Ayob Hashim, berusia dalam lingkungan 30-an, anak perempuannya Nor Hidayu Shahirah Ayob, 8, dan seorang anak-kanak dipercayai jiran mereka Mohamad Idham Shahmi, 5 tahun.

Sementara itu, isteri Ayob yang dikenali sebagai Sharifah Haslinda, 37, mengalami kecederaan parah.

Difahamkan, selain menyebabkan rumah mangsa terbakar, sekurang-kurangnya lapan kediaman lain berdekatan turut terjejas akibat impak letupan kira-kira jam 4.50 petang itu, malah dua kereta turut musnah.

Letupan Gas: Dua Maut, Seorang Parah di Gurun

Anggota Polis mengumpul serpihan mayat mangsa yang tercampak sejauh 17 meter dari letupan yang dipercayai berpunca dari sebuah kereta yang turut menjejaskan lapan buah rumah di Taman Ria Mesra di sini, hari ini. 
Kejadian letupan yang dilaporkan berlaku pada kira-kira pukul 4.57 minit petang itu mengorbankan tiga orang mangsa iaitu seorang lelaki yang juga anggota tentera dan dua anaknya, manakala isterinya pula dilapor parah.

Anggota Polis mengumpul serpihan mayat mangsa yang tercampak sejauh 17 meter dari letupan yang dipercayai berpunca dari sebuah kereta yang turut menjejaskan lapan buah rumah di Taman Ria Mesra di sini, hari ini. 
Kejadian letupan yang dilaporkan berlaku pada kira-kira pukul 4.57 minit petang itu mengorbankan tiga orang mangsa iaitu seorang lelaki yang juga anggota tentera dan dua anaknya, manakala isterinya pula dilapor parah.

Dua maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu kejadian letupan yang berlaku di sebuah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun petang Rabu.

Kejadian yang berpunca daripada letupan sebuah tong gas di bahagian dapur rumah itu menyebabkan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan maut manakala seorang wanita cedera parah.

Jurucakap Bomba Kedah berkata pihaknya menerima panggilan itu pada pukul 4.57 petang.

Katanya sebanyak tiga jentera serta 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Yan dan Sungai Petani dikerahkan ke tempat kejadian, dengan jentera pertama tiba pada 5.13 petang.

” Setiba jentera di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran di sebuah rumah teres akibat daripada letupan tong gas di bahagian dapur.

” Letupan menyebabkan struktur rumah runtuh dan turut melibatkan lapan buah rumah yang berhampiran. Api kebakaran akibat letupan itu dapat dikawal pada 5.20 petang,” katanya ketika dihubungi.

UTAMABERITATiga maut di Gurun akibat letupan bom bukan tong gas (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium