Arab Saudi Hukum Pancung Dua Pengedar Dadah - pakdin.my

hukum-pancung-pengedar-dadah-arab-saudi

RIYADH: Dua lelaki yang disabitkan bersalah mengedar dadah menjadi pesalah pertama dihukum pancung oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun ini.

Pada tahun lalu seramai 87 pesalah dipancung berikutan melakukan pelbagai kesalahan yang membawa kepada hukuman mati di negara tersebut.

Malik bin Said al-Sayaari dipancung pada Khamis di daerah Al-Hasa selepas didapati bersalah melakukan kesalahan mengedar dadah secara berulang kali.

Seorang lagi pesalah, Hussein al-Dussari pula dipancung di Riyadh selepas didapati bersalah menembak mati seorang anggota polis yang cuba menahannya.

Hussein ditahan kerana melakukan turut melakukan pengedaran dadah.

Arab Saudi menguatkuasakan hukuman mati mengikut syariat Islam terhadap pesalah bagi kesalahan rogol, bunuh, murtad, rompakan bersenjata dan mengedar dadah.

Negara tersebut juga dilaporkan terus memperketatkan undang-undang dalam hukuman mati walapupun terdapat pertikaian daripada pertubuhan hak asasi manusia.

UTAMADUNIAArab Saudi Hukum Pancung Dua Pengedar Dadah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium