Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALMalaysia & Vatican Jalin...

Malaysia & Vatican Jalin Hubungan Diplomatik - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Pope Benedict XVI di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu, di pinggir Rom, Isnin

 

ROM: Malaysia dan kerajaan Vatican bersetuju menjalin hubungan diplomatik bagi menggalakkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Pengumuman itu dibuat ekoran pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pope Benedict XVI di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu, di pinggir Rom, Isnin.

Menyatakan dunia “berada di persimpangan”, Najib berkata Malaysia mahu berkongsi pengalamannya dengan dunia dan sebab itu kenapa Malaysia komited untuk menjalin hubungan dengan negara yang sealiran dalam menggalakkan dunia yang aman dan harmoni.

“Inilah sebab utama kenapa Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Holy See.

“Dunia berada di persimpangan, kuasa-kuasa tidak rasional dan perbalahan mengancam kestabilan yang sekian lama kita nikmati dan perjuangkan dan pertahankan selama ini, dan kemakmuran,” kata Najib dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan itu.

Beliau berkata Malaysia dan Vatican komited untuk mengatasi kuasa-kuasa negatif yang menggunakan agama untuk mewajarkan tindakan keganasan, dengan menggunakan kuasa alasan dan kesederhanaan.

Katanya Holy See mengiktiraf komitmen Malaysia untuk menggalakkan kesederhanaan sebagai doktrin global.

“Usaha kita dalam menguruskan kepelbagaian kita di sebalik pelbagai halangan dan cabaran adalah peringatan penting bahawa masyarakat berbeza boleh berjaya.

“Bagaimanapun, kita mesti sentiasa berjaga-jaga dan menghadapi kuasa jahat yang mengancam untuk menganggu-gugat keharmonian. Kita juga perlu lebih bersedia untuk menerima pakai pendekatan inklusif dalam pentadbiran dan tabdir urus, dan memastikan matahari di Malaysia menyinari semua rakyat Malaysia,” katanya.

Jalinan hubungan Malaysia-Vatican adalah sebagai menyusuli jejak negara majoriti penduduk Islam lain seperti Indonesia, Iran, Iraq, Pakistan, Bangladesh, Jordan, Turki, Mesir, Libya, Liga Arab dam majoriti anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Najib, yang membawa rombongan mengandungi pemimpin pelbagai agama dalam pertemuannya dengan Pope, mengetengahkan konsepnya bagi Pergerakan Sederhana Global untuk menangani ekstremisme dalam semua bentuk, gesaan yang julung kali dibuatnya semasa menyampaikan ucapannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada September 2010 di New York.

Sebagai sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan menganut pelbagai agama, Perdana Menteri berkata Malaysia berpegang pada nilai-nilai kesederhanaan bagi memastikan keharmonian, kestabilan dan kemakmuran berterusan.

Najib juga menyatakan mengenai kemungkinan menjalin hubungan lebih erat dengan Majlis Pontifical untuk Dialog Antara Agama yang diketuai Cardinal Jean-Louis Tauran dan Institut Pontifical untuk Pengajian Arab dan Islam.

Beliau berkata Institut Kajian Kefahaman dan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Pengajian Islam dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan menerajui inisiatif itu dari Malaysia.

Delegasi Najib terdiri daripada dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.

Mereka turut disertai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr AbdulShukor Husin dan Ketua Biskop, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.

Dalam lawatannya itu, Perdana Menteri juga diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ia merupakan pertemuan kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan seorang Pope, selepas pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002.

Holy See, sebagai badan tertinggi kerajaan yang mentadbir Gereja Katolik, adalah entiti juridikal di bawah undang-undang antarabangsa.

Sebagai “kerajaan pusat” Gereja Katolik, Holy See mempunyai status undang-undang yang membolehkannya memeterai perjanjian sebagai juridikal yang sama taraf dengan sebuah negara dan untuk menghantar dan menerima wakil diplomatik.

Holy See menjalin hubungan diplomatik dengan lebih 170 negara termasukAmerika Syarikat dan beberapa negara Islam.

Diwujudkan pada 1929, Holy See adalah kerajaan yang mentadbir Gereja Katolikseluruh dunia dan beroperasi dari Vatican City State, yang merupakan sebuahwilayah bebas dan berdaulat terletak di satu kawasan seluas 0.44 km persegi.

Vatican mempunyai pejabat pos, bank, pasukan tentera, landasan helikopter,loji penjanaan elektrik dan mengeluarkan duit syiling dan setem serta mempunyaidomain Internet (.va) sendiri.

Malaysia mempunyai kira-kira 850,000 penganut Katolik

 

Hubungan diplomatik yang dijalin antara Malaysia dengan kerajaan Vatican bukti pentabiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak pernah mengenepikan kebebasan beragama.

Malah hubungan diplomatik itu juga bukti kerajaan menjaga hak penganut agama lain di negara ini.

DATUK SERI MOHD NAZRI AZIZ / MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Ia satu perkara yang betul kerana kita mengiktiraf agama Kristian dan kita mempunyai penganutnya di negara ini. Ia tidak konsisten sekiranya kita tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Vatican kerana Kristian agama yang diterima di negara ini.

Datuk Seri Mohd Nazri mengulas persetujuan Malaysia dan kerajaan Vatican untuk menjalin hubungan diplomatik bagi menggalakkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Perkara itu diputuskan pada pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Pope Benedict XVI semalam.

Pertemuan berlangsung di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu, di pinggir Rom.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883