AirAsia #QZ8501: Bangkai Utama Pesawat Di Temui - pakdin.my

airasia-qz8501-badan-pesawat-ditemui

Sebuah kapal tentera laut Republik Singapura (RSN) menemukan bangkai utama pesawat AirAsia Penerbangan QZ8501, yang terhempas di Laut Jawa dua minggu lepas, lapor akhbar Straits Times (ST).

Akhbar tempatan itu memetik Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen sebagai berkata dalam laman Facebook pada Rabu bahawa kenderaan dasar laut kapal RSN, MV SwiftResue, merakam foto yang menunjukkan sayap dan sebahagian daripada fiuslaj, yang tertera perkataan padanya.

ST melaporkan Dr Ng sebagai berkata Singapura memaklumkan perkara itu kepada Badan SAR Nasional Indonesia agar ia boleh mula mengeluarkan bahagian pesawat malang itu.

“Kejadian merupakan suatu tragedi dan meragut banyak nyawa. Saya berharap,dengan terjumpanya fiuslaj ini, beberapa maklumat boleh disampaikan kepada keluarga mangsa bagi mengurangkan kepiluan mereka,” katanya.

Angkatan Tentera Singapura mengerahkan lebih 400 anggota, dua pesawat C-130 Tentera Udara Singapura, dua helikopter Super Puma, lima kapal RSN dan sepasukan enam anggota kenderaan dasar laut dalam operasi itu.

UTAMADUNIAAirAsia #QZ8501: Bangkai Utama Pesawat Di Temui

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium