7 rentung bas persiaran ke Genting Highlands kemalangan di Tapah (video) - pakdin.my

bas-terbakar-genting-highland-7-maut

Sekurang-kurangnya tujuh orang penumpang sebuah bas persiaran rentung dan 22 cedera dalam kemalangan di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran susur keluar Tapah, Taiping  awal pagi ini.

Ketika kejadian kira-kira jam 1.15 pagi, bas berkenaan dalam perjalanan  dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.

Siasatan awal mendapati bas berkenaan dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke kiri laluan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Charade yang berhenti di bahu jalan dan terbakar.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, pemandu kereta jenis Charade itu dipercayai memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat melakukannya.

Katanya, operasi menyelamat mangsa dilakukan pasukan bomba dan setakat ini menemui tujuh mangsa yang rentung.

Namun,jumlah sebenar mangsa yang maut belum dapat dipastikan.

Menurut Somsak, kesemua mangsa maut termasuk 14 yang cedera parah dibawa ke Hospital Tapah manakala seorang lagi yang cedera parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

bas-terbakar-genting-highland-7-maut-

 

 

UTAMABERITA7 rentung bas persiaran ke Genting Highlands kemalangan di Tapah (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium