Malaysia tidak benar provokasi agama – Kebebasan ada had, tindakan diambil ke atas pencetus konflik – @NajibRazak - pakdin.my

charlie-hebdo

Malaysia tidak akan membenarkan provokasi agama atau sebarang perbuatan mengancam atau menghina mana-mana agama dilakukan walaupun atas nama kebebasan bersuara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menegaskan bahawa kebebasan ada hadnya.

Beliau berkata, pihak berkuasa akan terus mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba melakukan apa juga tindakan yang boleh menimbulkan konflik keagamaan.

“Hormat-menghormati antara satu sama lain merupakan prinsip asas yang perlu kita amalkan bagi menjamin keharmonian negara yang berterusan,” katanya dalam mesej yang disiarkan radio tempatan hari ini.

Najib seterusnya berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di beberapa lokasi di dunia seperti di Paris dan Sydney baru-baru ini.
Advertisement

“Dalam konteks Charlie Hebdo, kita sama sekali menegah serangan ke atas mereka, namun pada masa sama tidak bermakna kita menerima kegiatan provokasi mereka ke atas agama lain,” kata Najib.

Beliau merujuk kepada kejadian Rabu minggu lepas yang menyaksikan serangan ke atas pejabat majalah satira Perancis itu di Paris, yang menyebabkan 12 orang terbunuh.

Majalah itu antara lain pernah menyiarkan kartun bersifat provokatif dan dilihat menghina Nabi Muhammad SAW, perbuatan yang mendapat kecaman umat Islam.

Najib dalam pada itu berkata, bagi mempertahankan negara daripada ancaman pengganas seperti ISIS atau dikenali juga sebagai kumpulan militan Negara Islam (IS), pihak berkuasa sudah memulakan operasi mengesan dan menahan mereka yang terlibat dengan kumpulan seperti itu.

Beliau menarik perhatian bahawa Kertas Putih bagi menangani ancaman IS dibentangkan di Parlimen pada November tahun lepas dan rang undang-undang antikeganasana baharu akan dibentangkan pada Mac.

UTAMABERITAMalaysia tidak benar provokasi agama - Kebebasan ada had, tindakan diambil ke...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium