UtamaPOLITIKPAS: Bermula Parti Islam,...

PAS: Bermula Parti Islam, Berakhir Sebagai Parti Liberal Sekular - pakdin.my

Program Nadwah Memperkasakan Du’at (NEKAD), Tawau, Sabah
Program Nadwah Memperkasakan Du’at (NEKAD), Tawau, Sabah

YB Ustaz Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat meminta ahli parti mengambil iktibar kes Parti Istiqlal di Maroko yang bermula sebagai parti Islam, akhirnya kecundang sebagai Parti Liberal Sekular.

Menurutnya, Parti Istiqlal yang ditubuhkan pada tahun 1940-an sebagai Parti Islam, akhirnya menjadi Parti Liberal Sekular pada tahun 2012 akibat kemasukan pimpinan berfikrah liberalisme mengambil alih pentadbiran parti.

“Maklumat yang sama seperti disebut oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi, disampaikan sendiri kepada saya oleh Dr Abd Salam Ballahi, ahli parlimen daripada Parti Keadilan dan Pembangunan Morocco/Harakah Islah Morocco ketika Konvensyen Ahli Parlimen Islam di Turki pada 9-10 Jan 2015, katanya dalam satu coretan ketika menghadiri program Nadwah Memperkasakan Du’at (NEKAD) Anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat, di Tawau, Sabah pada 17 Jan.

Menurutnya, Parti Istiqlal Maroko bermula seawal 1937, ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1944 adalah sebuah parti Islam, parti yang berkongsi pemerintahan di negara itu sepanjang tahun 60-an hingga 80 an.

“Ia diasaskan oleh salah seorang tokoh ulamak dan tokoh gerakan Islam semasa iaitu Syeikh Allal bin Abdul Waahid al-Fasi (lahir 1910 – meninggal 1974). Beliau mempunyai puluhan karya tentang Islam termasuk di bidang Maqasid dan Usul Fiqh.

“Namun, kemasukan pemimpin yg berfikiran liberal dalam tampuk kepimpinan parti hingga akhirnya mereka menguasai kepimpinan telah merubah parti Istiqlal daripada berdasarkan Islam kepada parti berfikiran liberal dan kemudiannya bertukar pula menjadi parti sekular.

“Parti Istiqlal dilihat telah meninggalkan banyak dasar-dasar Islam apabila membiarkan pelbagai dasar bercanggah dengan Islam menjadi sebahagian dasar negara Maroko terutamanya di era kompromi dengan parti sosialis membentuk kerajaan bersama dari tahun 1992 – 2007,”katanya.

Tambah Dr. Khairuddin at-Takiri, sekitar tahun 1973, pengasas Parti Istiqlal, Syeikh Allal bin Abdul Waahid al-Fasi sudah dapat mengesan mara bahaya pengaruh liberalisme yang menyusup dalam parti Islam itu.

“Parti Istiqlal tidak lagi bersifat Islam. Sekiranya kamu ingin kekalkan sifat Islam yang ada pada parti perlulah kamu sertainya segera sekarang,” pesan Syeikh Allal kepada ulama yang lain, namun usaha membendungnya gagal kerana kemaraan liberalisme amat kuat melanda parti itu kerana dinaungi oleh timbalan partinya sendiri.

“Selepas pemergian beliau (Syeikh Allal) pada tahun 1974, penggantinya, Muhammad Buusittah yang memimpin parti sehingga 1998 telah merubah parti daripada berasaskan Islam kepada bersifat kebangsaan.

“Pada tahun 1992, Parti Istiqlal membentuk Pakatan Demokrasi bersama Parti Kesatuan Sosialis dan berjaya mendapat kuasa bersama pada tahun 1998 dan 2002,” kata Dr. Khairuddin at-Takiri.

Tambah Dr. Khairuddin at-Takiri, kesan daripada perpecahan itu, kumpulan ulama membentuk parti baharu pada tahun 1970-an.

“Kesannya pada pertengahan 70-an dibentuk satu gerakan Islam yang baru di Maroko sehingga akhirnya secara rasmi dinamakan Harakah Tauhid dan Islah pada tahun 1996.

“Mereka mencari ruang menubuhkan parti Islam yang baharu dengan mengambil alih sebuah parti kecil yang berdaftar bernama Harakah Sya’biyyah Dusturiyyah Demokratiyyah pada tahun 1996 lalu diubah nama kemudiannya menjadi Hizbul Adaalah wa Tanmiyah (Parti Keadilan dan Pembangunan).

“Parti Islam yang baharu ini akhirnya berjaya mendapat kuasa mengalahkan Parti Istiqlal yang telah menjadi sekular pada tahun 2012 dengan mendapat 107 kerusi parlimen manakala Parti Istiqlal hanya mendapat 47 kerusi parlimen.

“Parti Keadilan berjaya menjadi parti pemerintah baharu Maroko atas nama Islam bukan atas nama sekular atau liberal sehingga hari ini, 2015,”katanya. AIDCNews

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988