BANJIR: Kerajaan Perak Akan Kaji Semula Bajet 2015 - pakdin.my

zambry-bajet-perak

Kerajaan negeri Perak akan mengkaji semula bajetnya tahun ini sejajar dengan langkah-langkah yang bakal dilaksanakan Kerajaan Persekutuan bagi menghadapi keadaan ekonomi semasa yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan di Putrajaya semalam.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu akan meliputi pelbagai aspek dan sangat penting bagi memastikan ia lebih realistik.

“Kajian semula amat penting…kami perlu melihat kepada langkah-langkah yang lebih realistik dan juga memberikan tumpuan sebenar kepada kutipan hasil,” katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan pasca banjir oleh tiga syarikat kepada kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata kajian semula bajet itu akan dimuktamad tidak lama lagi.

Selain itu, Zambry berkata kerajaan negeri akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga terjejas banjir di negeri itu.

“Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan untuk menyalurkan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga dan Kerajaan Perak akan menambah sebanyak RM500 lagi,” katanya.

Beliau berkata sumbangan akan disalurkan kepada kira-kira 1,700 keluarga yang layak menerima bantuan itu.

“Berdasarkan kepada maklum balas mesyuarat yang telah dipengerusi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bina semula rumah yang musnah, sebanyak 26 buah rumah mangsa banjir di Perak akan dibina semula,” katanya.

UTAMAEKONOMIBANJIR: Kerajaan Perak Akan Kaji Semula Bajet 2015

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium