(video) Laman web rasmi Malaysia Airlines, MAS pulih seperti biasa setelah dua kali digodam - pakdin.my

web-malaysia-ailines-mas-digodam--

Laman web rasmi Malaysia Airlines, MAS pulih seperti biasa setelah dua kali digodam, pagi tadi.

Pada awalnya, paparan laman web itu ditukar dengan mesej “pesawat tidak dijumpai”, digodam oleh “Cyber Caliphate”, dan imej pesawat Airbus A380.

Selepas dipulihkan, laman web MAS sekali lagi digodam, dengan tertera imej seekor cicak bertopi.

Di bawahnya tertulis digodam oleh “Lizard Squad”.

MAS bertindak pantas melaporkannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM dan Kementerian Pengangkutan.MAS turut memberi jaminan tempahan tiket dan maklumat penumpang masih selamat.

Proses pemulihan berlaku kurang daripada tempoh yang dianggarkan, iaitu 22 jam.

 

UTAMA(video) Laman web rasmi Malaysia Airlines, MAS pulih seperti biasa setelah dua...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium