Laman Sesawang MAS Tidak Digodam (DNS Breach) - pakdin.my

web-malaysia-ailines-mas-digodam

Malaysia Airlines (MAS) memberi jaminan kepada pelanggan-pelanggan bahawa laman sesawangnya tidak digodam.

Syarikat penerbangan itu berkata gangguan sementara itu tidak menjejaskan tempahan pelanggan dan data mereka kekal selamat.

Dalam satu kenyataan, MAS berkata apa yang berlaku pelanggan yang melayari internet dan ingin memasuki laman sesawang syarikat itu www.malaysiaairlines.com telah dilencongkan ke laman sesawang penggodam. (DNS Breach)

“Setakat ini, pelayan Malaysia Airlines tidak diganggu,” kata MAS.

Menurut kenyataan itu MAS telah menyelesaikan isu itu dengan penyedia perkhidmatan dan masalah laman sesawangnya dijangka akan pulih sepenuhnya.

Ia berkata perkara itu telah dilaporkan segera kepada Cyber Security Malaysia dan Kementerian Pengangkutan.

UTAMALaman Sesawang MAS Tidak Digodam (DNS Breach)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium