#TransAsia #GE235: 72 Saat Yang Mencemaskan (video) - pakdin.my

#TransAsia Airways #GE235- Enjin

TAIPEI: Hanya 37 saat sebaik berlepas, salah satu enjin pesawat TransAsia Airways 235 dikatakan berhadapan masalah, menyebabkan juruterbangnya memadam enjin kedua.

Juruterbang yang dianggap hero kerana berusaha mengemudi pesawat itu bagi mengelak merempuh bangunan di bandar ini seterusnya dilaporkan cuba menghidupkan semula kedua-dua enjin berkenaan.

Bagaimanapun, masalah yang dihadapi pesawat malang itu gagal diatasi apabila ia terhempas 72 saat selepas itu.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Ekseutif Majlis Keselamatan Penerbangan, Thomas Wang.

“Enjin kanan pesawat itu mengeluarkan isyarat kecemasan 37 saat selepas berlepas,” katanya seperti dilaporkan media.

Rekod juga menunjukkan pesawat itu tidak terhenti seperti dimaklumkan juruterbang kepada menara kawalan, sebaliknya melahu (iddle) tanpa perubahan tekanan minyak.

Enjin kiri ditutup 46 saat kemudian, dipercayai oleh salah seorang juruterbang sebelum usaha dilakukan untuk menghidupkannya semula.

Punca enjin kedua ditutup belum dipastikan kerana pesawat itu mampu terbang dengan hanya satu enjin.

Berikutan itu, agensi berita China News Agency berkata, pihak berkuasa kini melihat kemungkinan berlaku ‘kesilapan profesional.’

Sehubungan itu, 71 juruterbang TransAsia Airways akan menjalani ujian kemahiran, dengan 90 penerbangan dibatalkan dalam tiga hari akan datang, seperti diarahkan Pentadbiran Aeronautika Awam Taiwan.

 

 

Pakar menyifatkan tindakan juruterbang pesawat TransAsia Airways, GE235, mematikan enjin, adalah satu kesilapan.

Bekas juruterbang US Airways yang kini Ketua Syarikat Perunding Keselamatan, John M.Cox berkata, ada syarat tertentu yang perlu dipatuhi juruterbang sekiranya mahu mematikan enjin.

Apatah lagi ketika pesawat terbang terlalu rendah.

Pihak pendakwa raya sedang melihat aspek kesilapan professional sedemikian.

Hasil siasatan awal mendapati enjin kanan pesawat ATR72 memasuki mod melahu atau idle, menyebabkan juruterbang mematikan enjin kiri sebelum cuba menghidupkan semula kedua-dua enjin.

Malangnya, belum sempat juruterbang berbuat demikian, pesawat terhempas ke dalam Sungai Keelung.

Sementara itu, empat lagi mayat mangsa nahas ditemui oleh pasukan penyelamat Taiwan.

Penemuan ini menjadikan angkat kematian meningkat kepada 39 orang.

UTAMADUNIA#TransAsia #GE235: 72 Saat Yang Mencemaskan (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium