26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

58 Pelajar Malaysia Di Syria Dipindah Ke Beirut Sebelum Terbang Ke Tanah Air

Konflik Syria semakin meruncing

Sekumpulan 58 pelajar Malaysia di Syria, negara yang menyaksikan pergolakan yang semakin meruncing, dijangka dipindahkan ke Beirut, Lubnan pada Rabu melalui jalan darat dan seterusnya berlepas ke Malaysia melalui penerbangan komersil pada hari sama.

Kementerian Luar berkata ini kerana Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik tidak dapat memperoleh tiket penerbangan dari Damsyik ke Dubai untuk kumpulan pelajar itu.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik dan Beirut sedang menguruskan urusan penerbangan pelajar-pelajar itu,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan membuat keputusan membawa pulang pelajar dan ekspatriat warga Malaysia di Syria dengan serta merta berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah itu.

Selain itu, kerajaan mengambil keputusan menutup kedutaan Malaysia di Syria atas sebab keselamatan.

Kumpulan pertama pelajar Malaysia seramai tujuh orang akan tiba di tanah air seperti dijadualkan pada Rabu.

Kumpulan kedua seramai 43 pelajar pula akan dipindahkan dari Damsyik pada 5.45 petang waktu tempatan Rabu dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2.55 petang Khamis melalui penerbangan Emirates EK346.

“Terdapat tambahan 10 pelajar berbanding jumlah terdahulu seramai 33 orang dalam kumpulan ini,” menurut kenyataan itu.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Tidur dalam kereta, tiga sekawan maut keracunan gas

BUTTERWORTH — Tiga wanita maut manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal akibat mengalami...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan