Teoh Beng Hock bunuh diri – keputusan Suruhanjaya Siasatan Diraja - pakdin.my

Kalau pembangkang masih tak puas hati boleh rujuk dengan lawyer yang telah mereka lantik dalam inkues tersebut. Jangan nak menjadikan kematian sebagai isu politik.

Jangan nak salahkan SPRM menjadi punca Teoh Beng Hock terjun bangunan, salahkan punca masalah, penyelewengan yang berlaku daripada pengagihan wang peruntukan wakil rakyat.

Lepas ini SPRM tidak perlu memikirkan lagi masalah TBH, terus gempur penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Tidak kira mana-mana parti.

Teoh Beng Hock

Teoh Boon Hock (TBH) bukan dibunuh, sebaliknya membunuh diri kerana berasa terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan ke atasnya oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S{RM).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz ketika mengumumkan demikian pada sidang media di Parlimen, Khamis, berkata  siasatan Suruhanjaya Diraja mendapati pegawai-pegawai SPRM berjkenaan tiada niat dan sebab untuk membunuh TBH.

“Sebaliknya SPRM menyoalsiat mendiang supaya membuat pengakuan sebagai bukti agar dia boleh menjadi saksi bagi kes penyelewengan penggunaan peruntukan yang membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari Pakatan Rakyat.

“Fakta membunuh diri ini telah disokong oleh testimoni pakar psikiatri forensik, Profesor Paul Edward Mullen yang telah diambil khidmat oleh Majlis Peguam Malaysia. Prof Mullen mengatakan TBH benar-benar membunuh diri berdasarkan perwatakan yang telah bertukar dari kumpulan berisiko terendah bagi pembunuhan diri kepada kumpulan berisiko tinggi setelah dia melalui sesi soalsiasat yang agresif dan berterusan,” kata Nazri.

Nazri berkata keputusan siasatan Suruhanjaya DiRaja itu yang dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Seri James Foong Cheng Yuen dicapai secara sebulat suara.

“SPRM memulakan siasatan berikutan mendapat maklumat yang mengatakan seorang Adun Selangor dari Pakatan Rakyat terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu dan menggunakan peruntukan demi kepentingan parti politik mereka

“TBH sepatutnya menjadi saksi utama bagi SPRM yang menyiasat dakwaan penyelewengan tersebut yang melibatkan seorang Adun Selangor dari parti  DAP. Siasatan SPRM telah memberi tekanan kepada TBH untuk membuat pengakuan sebagai bukti,” kata Nazri.

Nazri berkata, kerajaan memberi jaminan akan mengenakan tindakan sewajarnya ke atas tiga orang pegawai penyiasat SPRM yang terbabit dalam kes ini yang didapati telah melanggar prosedur apabila mereka menggunakan taktik soalsiasat yang berterusan, agresif dan tidak wajar ke atas TBH

Nazri seterusnya meminta semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu ini dan memutarbelitkan fakta yang dilaporkan dalam laporan Suruhanjaya Diraja.

“Bagi pihak kerajaan, saya melahirkan rasa kesal kepada keluarga mendiang TBH. Kerajaan turut bersedih dengan kejadian ini dan dengan selesainya siasatan Suruhanjaya Duraja ini, saya berharap semua pihak, termasuk keluarga TBH dapat menutup episod ini,” katanya.

Sementara itu, buku laporan Suruhanjaya Diraja berkenaan akan dijual kepada orang awam mulai esok. Mereka yang berminat boleh mendapatkannya di ruang legar, bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Presint 3, Putrajaya dari 10 pagi hingga 5 petang.

Ia dijual dalam versi Bahasa Melayu dan Inggeris dengan harga RM45 senaskah.

Orang mati bunuh diri dimuliakan oleh mereka
UTAMABERITATeoh Beng Hock bunuh diri - keputusan Suruhanjaya Siasatan Diraja

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium