'Kepingan Pisau Cukur' Ditemui Dalam Kuih Kelupis - pakdin.my

Awang terkejut apabila menemui kepingan pisau cukur dalam kuih kelupis yang dijual di Restoran Brunei miliknya di Beaufort
Awang terkejut apabila menemui kepingan pisau cukur dalam kuih kelupis yang dijual di Restoran Brunei miliknya di Beaufort

KOTA KINABALU: Seorang pemilik kedai kopi terkejut apabila menemui beberapa keping pisau cukur tertanam dalam kuih kelupis yang dijualnya.

Beliau percaya ada individu yang cuba mensabotaj perniagannya dengan meletakkan kepingan pisau cukur berkenaan dalam kuih tradisional tersebut.

Kuih kelupis merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras pulut. Ia merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei di Sabah dan Sarawak.

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Awang, 35, berkata dia baharu sahaja membuka perniagannya di bandar Beaufort apabila tiba-tiba seorang pelanggannya menunjukkan kepingan pisau cukur yang terdapat dalam kuih berkenaan pada pukul 9 pagi, 14 Februari lalu.

“Saya sangat terkejut dan membawa kuih kelupis tersebut ke balai polis dan membuat laporan pada pukul 4 petang hari yang sama,” katanya.

Kuih kelupis yang dijual oleh Awang sangat digemari masyarakat tempatan dan popular di daerah tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beaufort, Supritendan Mustaffa Maarof mengesahkan pihaknya telah menerima laporan daripada pemilik gerai tersebut. Beliau berkata pihak polis kini sedang menyiasat isu berkenaan.

“Kami sentiasa memantau perkara ini kerana nyawa orang awam di daerah ini mungkin terancam sekiranya insiden yang sama berulang kembali,” katanya.

UTAMA'Kepingan Pisau Cukur' Ditemui Dalam Kuih Kelupis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium