Video – Polis Jawab Tohmahan Berhubung Perhimpunan Haram 9 Julai - pakdin.my

Datuk Salleh Mohd Rashid

Seperti dijanjikan, polis siang tadi menayangkan klip video beberapa insiden yang berlaku ketika perhimpunan haram 9 Julai lalu bagi menangkis tohmahan terhadap mereka.

Tidak terhad kepada wakil media, beberapa persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan, NGO juga menyaksikan tayangan yang turut memaparkan kejadian di Hospital Tung Shin.

Taklimat dan penjelasan diberikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mohd Rashid.

Lokasi tayangan, Dewan Theaterette Bukit Aman yang penuh sesak dengan wakil media dan NGO.

Dibahagikan kepada beberapa segmen, Datuk Salleh menjelaskan satu persatu tohmahan dan insiden mengaitkan keganasan dilakukan anggotanya.

Bermula dengan pra-perhimpunan, video memaparkan kawalan dan sekatan yang dilakukan anggota polis meliputi Unit Simpanan Persekutuan, FRU, Unit Tindakan Ringan, LSF dan Unit Rusuhan Ketenteraman Awam.

Menggunakan pendekatan sabar, bertahan dan menilai situasi, PDRM menangani keadaan di Jalan Pudu, KLCC, KL Sentral, Dataran Maybank dan Hospital Tung Shin.

UTAMABERITAVideo - Polis Jawab Tohmahan Berhubung Perhimpunan Haram 9 Julai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium