Pekerja Kuari Warga Bangladesh Maut Tertimbus Tanah - pakdin.my

Pekerja Kuari Warga Bangladesh Maut Tertimbus Tanah

IPOH: Seorang pekerja kuari warga Bangladesh maut tertimbus tanah manakala rakan senegaranya masih belum ditemui dalam kejadian di tapak pembinaan sebuah kilang di Jalan Kampung Banir, Batu 3, Temoh dekat Tapah, Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tapah, A. Ravi berkata, mangsa yang ditemui pada pukul 6 petang itu berumur lingkungan 30-an.

Beliau berkata, dalam kejadian 4.13 petang, mereka dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pengujian tanah.

“Gelongsoran tanah yang berlaku di tempat pembinaan itu menyebabkan dua lelaki berkenaan tertimbus,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa sedang giat dijalankan.

Pihaknya sedang mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa, katanya.

UTAMABERITAPekerja Kuari Warga Bangladesh Maut Tertimbus Tanah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium