UtamaCat dinding antinyamuk diperkenal

Cat dinding antinyamuk diperkenal - pakdin.my

cat-anti-nyamuk

Cat dinding antinyamuk yang bakal dikomersialkan tidak lama lagi dijangka berupaya mengurangkan kebergantungan terhadap kaedah semburan dalam usaha membasmi nya­muk aedes sekali gus menangani ancaman penularan wabak denggi di negara ini.

Ketua Pengarah Ke­si­hatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, teknik baharu yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) itu akan membunuh nyamuk yang menyentuh permukaan dinding yang mempunyai lapisan cat berkenaan.

“Antara kelebihan cat berkenaan adalah serangga termasuk apa jenis nyamuk yang menyentuh dinding yang sudah dicat menggunakan cat berkenaan akan mati dalam masa yang singkat iaitu dalam tempoh 10 minit.

“Memandangkan cat tersebut akan berada di permukaan dinding untuk jangka masa yang panjang dan berkesan mengurangkan bilangan nyamuk, maka penggunaan semburan akan berkurangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Noor Hisham, buat masa ini, pihaknya masih menjalankan perbincangan dengan syarikat pengeluar cat sebelum dikomersialkan untuk kegunaan industri termasuk persendirian.

“Cat mengandungi teknologi hasil penyelidikan IMR itu sesuai digunakan di bahagian dalam rumah serta bangunan.

“Cat itu mudah digunakan, pengguna hanya perlu mengecat di permukaan dinding seperti cat biasa dan penggunaannya tidak memudaratkan kesihatan manusia,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengumumkan akan memperkenalkan dua pendekatan bagi mena­ngani ancaman denggi di negara ini iaitu teknik semburan baharu Outdoor Residual Spray (ORS) dalam kawasan pembiakan nyamuk aedes dan cat dinding antinyamuk.

Inisiatif itu diambil sebagai langkah mengawal peningkatan kes demam denggi yang membimbangkan apabila mencatatkan 21,310 kes bagi tempoh Januari hingga 21 Februari lalu membabitkan 54 kematian, berbanding 13,915 kes dengan 25 kematian dicatatkan dalam tempoh yang sama bagi 2014.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988