Izzah bakal disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman - pakdin.my

Izzah-Akta-Perhimpunan-Aman

Keengganan dan sikap keras kepala Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menerajui perhimpunan #KitaLawan hari ini menyaksikan beliau bakal disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Izzah menjelaskan perkara tersebut di dalam ucapan ringkasnya di Masjid Jamek sebelum bergerak menuju ke hadapan Sogo.

“Hal yang sama berlaku, sebentar tadi, saya dapat sepucuk surat dari PDRM,” katanya menambah bahawa perhimpunan harus diteruskan bagi menuntut keadilan.

Pada 27 Februari lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu.

Ia sekaligus menjadikan perhimpunan tersebut dikategrikan sebagai perhimpunan haram.

Bagaimanapun, pimpinan pembangkang berkeras tetap meneruskan perhimpunan yang digelar sebagai Solidariti Anwar Ibrahim dan mengajak rakyat turun beramai-ramai untuk menyatakan sokongan.

UTAMABERITAIzzah bakal disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium