Pemergian Harun Salim Bachik Kehilangan Besar Industri Hiburan – Najib - pakdin.my

harun-salim-bachik-meninggal--

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pelakon komedi terkenal, Harun Salim Bachik, yang meninggal dunia petang tadi.

“Takziah atas pemergian Harun Salim Bachik…saya sering menonton lakonan beliau dan ia merupakan satu kehilangan besar untuk industri hiburan,” kata beliau dalam catatan terbaharunya dalam laman Facebook dan Twitter.

Najib turut mendoakan Allahyarham Harun Salim dirahmati Allah.

Harun Salim atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim, 55, rebah secara tiba-tiba di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, Perak kira-kira 4.15 petang tadi ketika hendak ke bilik air di R&R itu.

Beliau dalam perjalanan pulang ke ibu negara bersama-sama isteri serta anak-anaknya selepas menghadiri majlis kenduri di Pulau Pinang.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Koperasi Polis, Gombak sebelum solat Zohor esok.

Harun Salim mula dikenali melalui drama bersiri Rumah Kedai pada 1990-an. Beliau pernah menjadi Presiden Seniman bagi penggal 2010/2011.

UTAMAPemergian Harun Salim Bachik Kehilangan Besar Industri Hiburan - Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium