PRK DUN Chempaka: 2 individu bayar deposit - pakdin.my

dun-cempaka

Hingga jam 5 petang hari ini, sebanyak 15 borang pencalonan sudah dijual bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan, Mohamad Mahmood, berkata daripada jumlah itu hanya dua individu saja yang sudah membayar deposit RM5,000 kepada SPR bagi mengesahkan untuk bertanding di DUN berkenaan.

“Esok kita dapati seorang lagi individu akan membayar deposit. Memandangkan PRK ini diteruskan, ia akan menjadi lebih meriah apabila terdapat calon Bebas turut bertanding merebut kerusi di DUN Chempaka.

“Di kawasan DUN berkenaan terdapat kira-kira 21,000 pengundi yang majoritinya 99 peratus bangsa Melayu. Bagi memperoleh semula wang pendahuluan sebanyak RM5,000 itu, calon perlu mendapat satu per lapan undi daripada (keseluruhan) jumlah pengundi,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohamad berkata, SPR sudah melengkapkan persiapan untuk PRK DUN Chempaka yang akan diadakan pada 22 Mac ini.

Seramai 401 anggota SPR terbabit dalam menguruskan PRK pada kali ini bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar di 10 peti undi di kawasan DUN Chempaka.

SPR juga akan mendapatkan bantuan daripada pihak keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), tentera dan RELA.

Hari penamaan calon dan permohonan undi pos bagi pengundi luar negara ditetapkan 10 Mac dan tarikh tutup permohonan bagi undi pos untuk dalam negara pada 12 Mac, manakala pengundian awal pada 18 Mac.

UTAMAPILIHAN RAYAPRK DUN Chempaka: 2 individu bayar deposit

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium