50 rumah papan terbakar di Tawau

    TAWAU: Sekurang-kurangnya 50 rumah papan di Kampung Sentosa Dua dekat sini, musnah akibat kebakaran, petang ini.

    Kejadian pada jam 3 petang itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat disebabkan cuaca panas serta berangin.

    Hingga kini, anggota bomba masih berusaha memadamkan kebakaran bagi mengelak api daripada terus merebak.

    Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.

    Exit mobile version