UtamaDUNIAPemimpin Pembangkang Rusia Dibunuh...

Pemimpin Pembangkang Rusia Dibunuh Kerana Sokong Charlie Hebdo - pakdin.my

Boris-Nemtsov

Zaur Dadayev, bekas anggota polis Chechnya mengaku bertanggungjawab di atas kematian pemimpin pembangkang Rusia, Boris Nemtsov.
(Ubah saiz teks)

> Pemimpin pembangkang Rusia Boris Nemtsov mati ditembak dari belakang minggu lalu

> Pada mulanya dia disyaki dibunuh oleh musuh politiknya

> Tetapi kini, suspek yang menembaknya adalah seorang Muslim Chechen yang kecewa kerana mangsa mempertahankan akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo

> Maklumat ini didedahkan oleh Gabenor Chechnya, Ramzan Kadyrov yang mengenali Zaur Dadayev

> Dadayev adalah salah seorang daripada lima suspek telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh Nemtsov.

> Dadayev adalah bekas komander polis Chechnya

MOSCOW: Pemimpin pembangkang Rusia yang juga bekas timbalan perdana menteri, Boris Nemtsov yang ditembak mati minggu lalu adalah mangsa seorang bekas komander pasukan polis Chechnya yang berang kerana dia bertindak mempertahankan tindakan akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo mempersendakan Nabi Muhammad.

Perkara ini didedahkan oleh Gabenor Chechnya, Ramzan Kadyrov yang secara peribadi mengenali suspek iaitu Zaur Dadayev, salah seorang daripada lima orang yang telah ditahan polis dan dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh.

Ketika Nemtsov, 55, (gambar bawah) mati ditembak minggu lalu, media-media massa tempatan mendakwa dia telah menjadi mangsa pembunuhan politik kerana lantang mengkritik pemerintahan Presiden Vladimir Putin khususnya dalam insiden pencerobohan ke atas wilayah Ukraine oleh tentera Rusia.

Dalam pos Instagram terbarunya, Kadyrov menulis: “Mereka yang mengenali Zaur (Dadayev) akan mengesahkan yang dia adakan seorang Muslim yang sejati dan sepertimana seluruh masyarakat Islam yang lain di seluruh dunia, terkejut dengan tindak tanduk Charlie (Hebdo) dan komen-komen yang dilontarkan berhubung penggunaan kartun Nabi Muhammad.”

Pada Januari baru-baru ini, pejabat akhbar tersebut di Paris telah diserang oleh dua orang yang marah dengan tindak tanduk akhbar tersebut mempersendakan Islam dan Nabi Muhammad. Serangan tersebut mengorbankan 12 orang termasuk beberapa pengarang akhbar berkenaan dan juga dua orang anggota polis.

Tidak lama selepas insiden tersebut, Kadyrov dan beribu warga Chechnya yang lain telah berarak di jalan raya di ibu negara tersebut iaitu Grozny membantah tindak tanduk akhbar berkenaan meneruskan agendanya mempersendakan agama Islam dan Nabi Muhammad.

Dalam pada itu, Kadyrov turut mengesahkan yang Dadayev adalah bekas anggota pasukan polis Chechnya dan telah berkhidmat dengan cemerlang.

Zaur Dadayev, bekas anggota polis Chechnya mengaku bertanggungjawab di atas kematian pemimpin pembangkang Rusia, Boris Nemtsov.

Bagaimanapun, kenyataan Kadyrov itu diterima dengan penuh berhati-hati kerana dia dikenali sebagai seorang penyokong kuat Vladimir Putin di wilayah bergolak itu.

Dia dilantik oleh Putin sebagai gabenor Chechnya lebih 10 tahun yang lalu.

Pada Ahad, Dadayev dan empat lagi telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan bertanggungjawab membunuh Nemtsov.

Dadayev mengaku bertanggungjawab di atas perbuatannya itu manakala yang lain tidak mengaku bersalah.

Mahkamah dimaklumkan yang Dadayev, 33, telah berkhidmat selama 10 tahun bersama satu batalion di bawah Kementerian Dalam Negeri Chechnya.

Selain dia, seorang lagi suspek dikenali sebagai Anzor Gubashev, yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan di sini. Dia menafikan sebarang pengterlibatannya dalam kes tersebut.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...