back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
No menu items!
Peristiwa menjadi pengajaran
No menu items!
More
    Peristiwa menjadi pengajaran
    No menu items!
    More

      👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

      Kanak-Kanak Mati Dikatakan Keracunan Makanan, Adik Ditahan Di Wad

      Gambar hiasan
      Gambar hiasan

      KENINGAU: Satu siasatan perubatan sedang dijalankan di kawasan pedalaman Keningau selepas seorang budak perempuan meninggal dunia, dikatakan mengalami keracunan makanan selepas makan nasi lemak, manakala adiknya masih ditahan di hospital di sini.

      Kejadian tersebut itu telah tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

      Pengarah Hospital Keningau Dr Riduan Hashim mengesahkan mereka telah merawat kes-kes berkaitan keracunan makanan di daerah itu.

      “Nasihat kami kepada orang ramai supaya mereka mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi,” katanya.

      Pihak berkuasa perubatan juga menyiasat sama ada kedua-dua budak perempuan itu mengidap leptospirosis.

      Menurut mesej yang telah menjadi viral itu, budak perempuan berkenaan dan adiknya telah membeli makanan dari gerai di bandar Keningau pada tengahari Isnin dan makan makanan tersebut sekitar jam 3 petang.

      Dua adik-beradik itu kemudian diserang muntah dan cirit-birit yang teruk awal hari Selasa dan telah dikejarkan ke hospital, di mana mereka telah diberi rawatan awal dan dibenarkan pulang ke rumah pada pukul 7 pagi hari yang sama.

      Mesej itu mengatakan bahawa kedua-dua adik-beradik tersebut berterusan cirit-birit dan muntah-muntah dengan teruk dan bapa mereka membawa mereka kembali ke hospital pada pukul 1 tengah hari Selasa.

      Dikatakan bahawa salah seorang daripada mangsa meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 petang manakala adiknya dimasukkan ke hospital.

      Get new posts by email:

      ⫻ Berkaitan

      📠 Terkini

      🔥 Popular

      Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

      Enjoy this blog? Please spread the word :)

      Send this to a friend