Ahli Parlimen DAP Mohon Maaf Kepada Mei Fun - pakdin.my

Tahu pulak takut surat lawyer sampai.

Er Teck Hwa

Ahli Parlimen Pembangkang, Er Teck Hwa (DAP-Bakri) memohon maaf kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun kerana mengaitkan beliau dengan satu laporan dalam portal berita.

“Saya membuat kesilapan dengan menamakan Datin Paduka Chew Mei Fun dalam artikel tersebut. Saya memohon maaf dan berharap beliau akan menerima permohonan maaf saya.

“Apabila saya membuat kesilapan, saya akan mengakuinya,” katanya kepada pemberita di luar lobi Parlimen. Khamis.

Artikel yang tersebut mempersoalkan Mei Fun, yang juga Naib Presiden MCA menyokong satu kenyataan sensitif yang didakwa bersifat perkauman.

Mei Fun sebelum ini telah menghantar surat tuntutan (Letter of Demand) kepada Teck Hwa, meminta penjelasan ke atas kenyataan beliau yang didakwa berunsur fitnah yang diterbitkan oleh sebuah portal pada 4 Mac yang lalu. Surat tuntutan berkenaan telah dihantar oleh Tetuan Halim Hong dan Quek, Peguambela dan Peguamcara, yang bertindak bagi pihak Mei Chew.
Surat tuntutan berkenaan menyatakan dengan jelas bahawa dakwaan dalam artikel berkenaan sama sekali tidak berasas dan berniat jahat untuk memburuk-burukkan dan memusnahkan imej Mei Chew.
Surat tuntutan itu juga menyatakan bahawa tindakan undang-undang akan diambil sekiranya Ahli Parlimen Bakri berkenaan gagal untuk menjawab dalam tempoh 48 jam dari tarikh penerimaan notis surat tuntutan.

 

 

UTAMAPOLITIKAhli Parlimen DAP Mohon Maaf Kepada Mei Fun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium