Persidangan Parlimen: Banjir Besar Di Kelantan Kerana PAS Doa Kejatuhan Umno – Bung Mokhtar

banjir-kelantan-stadium

Banjir besar yang melanda Kelantan, khususnya Stadium Sultan Muhammad IV berpunca daripada parti pembangkang PAS yang mendoakan kejatuhan Umno dan Barisan Nasional (BN), dakwa Datuk Bung Moktar Radin.

Dalam perbahasannya semasa usul menjunjung kasih dan perbahasan titah Diraja, Ahli Parlimen Kinabatangan ini mengecam PAS kerana menuduh kerajaan Persekutuan tidak menghulurkan bantuan ketika banjir melanda negeri itu akhir tahun lalu.

“Umno sering dituduh sebagai kejam tetapi kita masih pergi ke Kelantan untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Apabila kamu berdoa untuk kemusnahan Umno di stadium itu yang tidak pernah dilanda banjir selama beratus-ratus tahun, tiba-tiba stadium itu juga dilanda banjir,” kata Bung di Parlimen, Khamis.

PAS sebelum ini pernah mengadakan solat jemaah mendoakan kejatuhan parti Barisan Nasional di stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada November 2012.

Tambah beliau, Menteri Besar Kelantan mengakui sendiri tidak dapat melakukan sebarang tindakan sewaktu berlakunya banjir di sana sebelum Umno datang menghulurkan bantuan.

Beliau juga menyatakan bahawa agensi-agensi Kerajaan seperti Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) telah membelanjakan hampir RM13 juta untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri tersebut.

Kategori:

MENARIK

BERKAITAN

TERKINI

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...