SPR ada hak pinda jumlah kerusi DUN Sarawak - pakdin.my

spr sempadan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata adalah menjadi hak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk membuat keputusan pindaan kerusi berhubung Persempadanan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak daripada 71 kepada 82 kerusi.

Jelasnya, ia adalah selaras dengan keputusan DUN Sarawak yang meluluskan pindaan undang-undang keatas fasa 2 perkara 14 Perlembagaan Sarawak berhubung komposisi keanggotaan DUN negeri.

“Peraturan yang benarkan SPR buat keputusan mengenai persempadan dun sarawak yang dipinda 71 kepada 82 kerusi.

“Selaras dengan Perlembagaan Sarawak, SPR selepas itu perlu menjalani kajian persempadanan bagi bahagian pilihanraya negeri sarawak,” katanya di Sidang Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Kuala Krai, Mohd Hatta Ramli yang mempertikaikan mengapa SPR tidak menunggu proses mahkamah pada 19 Mac iaitu esok untuk membuat keputusan pindaan tersebut yang dikatakan tidak memberi keseimbangan di antara kerusi negeri Sarawak.

Jelas Shahidan lagi, kajian persempadanan itu pula adalah selaras dengan peruntukan fasa 3B perkara 113 yang menyentuh bilangan ahli DUN bagi sesebuah Dewan Undangan Negeri dimana ia boleh diubah mengikut undang-undang yang digubal oleh badan perundangan bagi sesebuah negeri.

“SPR akan mula menguruskan kajian persempadanan sebaik sahaja perlembagaan itu berkuat kuasa. Oleh kerana ia melibatkan fasa 3B perkara 113, maka notis persempadanan yang dikeluarkan SPR adalah di bawah fasa 2 perkara 113 perlembagaan Persekutan dan Perlembagan Sarawak.

“Ini bermakna SPR kena siapkan dalam masa 2 tahun, setelah tamat tempoh kajian SPR, ia akan dibawa kepada Dewan Rakyat,” katanya.

Namun jelas Shahidan, bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak, ia akan dibawa kepada DUN Sarawak dan kemudiannya pilihan raya boleh dilaksanakan mengikut jumlah kerusi baru yang telah diluluskan.

UTAMABERITASPR ada hak pinda jumlah kerusi DUN Sarawak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium