Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALHormati agama lain -...

Hormati agama lain – Najib - pakdin.my

 

SEPANG 22 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, para penganut satu-satu agama di negara ini harus terlebih dahulu menghormati agama lain sebelum mereka ingin juga dihormati.

Mesej itu disampaikan Perdana Menteri ketika berucap di hadapan lebih 2,000 orang hari ini yang menyambut kepulangan beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah melakukan lawatan kerja ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali.

“Kita mahu beritahu rakan-rakan kita, penganut Kristian di Malaysia… kalau mereka menghormati kita, kita juga menghormati mereka. Inilah kerajaan kita… kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Inilah mesej kita. Islam adalah agama yang adil pada semua. Islam itu cantik. Islam itu tinggi. Islam itu murni. Islam itu mulia. Ini adalah mesej yang kita perjuangkan,” kata beliau.

Dalam lawatannya ke luar negara itu, Najib mengunjungi Pope Benedict XVI di kediaman musim panas pemimpin penganut Katholik itu di pinggir Rom.

“Mereka beritahu saya, ikut amalannya, Pope Benedict tidak terima sesiapa sewaktu dia bercuti. (Tetapi) dia buat pengecualian untuk saya berjumpa dengannya. Saya jumpa dengan Pope Benedict kerana kita mahu tunjukkan sebagai sebuah kerajaan kita bersikap inklusif,” kata Perdana Menteri.

Menurut Najib, kerajaan boleh berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam.

“Kita menerima mereka. Kita boleh berdialog dengan mereka kerana kita hendak menegakkan keamanan di dunia ini,” katanya.

Ketika mengunjungi Pope itu, Najib turut membawa bersamanya rombongan terdiri pemimpin pelbagai agama yang berpeluang mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See (Vatican), Cardinal Tarcisio Bertone.

Rombongan Perdana Menteri itu termasuk dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin dan Ketua Biskop, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: kidrus[email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838

[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut

Angin kencang datang dari arah bangunan Dewan Orang Ramai Alor Pongsu menyebabkan beberapa buah khemah terbang ditiup angin BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162827

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805