UtamaNASIONALAmaran: Pihak Buat Laporan...

Amaran: Pihak Buat Laporan Palsu Terhadap Polis Perlu Diheret Ke Muka Pengadilan - pakdin.my

Dakwaan palsu dilanggar Land Rover Polis

Pihak yang membuat laporan palsu mengenai tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada perhimpunan haram 9 Julai lepas perlu diheret ke muka pengadilan sebagai pengajaran supaya tidak sewenang-wenangnya melontarkan pelbagai tuduhan terhadap pihak berkuasa.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihak yangmembuat laporan palsu kepada polis perlu bertanggungjawab dengan tindakanmereka.

Sehubungan itu beliau mahu polis dan Pejabat Peguam Negara menjalankansiasatan terperinci bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadapmereka yang membuat laporan palsu berkenaan.

“Jelas apa yang mereka buat ini (laporan palsu) merupakan taktik politiksempit hanya nak mencemarkan nama baik pihak PDRM,” katanya kepada pemberitaselepas merasmikan Pusat Pemulihan Kemasyarakatan Kem Batu 10 di sini, Sabtu.

Beliau berkata, tindakan undang-undang tersebut boleh menjadi pengajarankepada mana-mana pihak agar tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan terhadap pihak berkuasa.

Hishammuddin berkata PDRM mempunyai bahan-bahan dan rakaman mengenai situasi sebenar pada perhimpunan haram itu untuk mematahkan pelbagai tuduhan, seperti yang didedahkan kepada hampir 200 wakil media dan badan bukan kerajaan (NGO) kelmarin.

“Mereka (penganjur perhimpunan haram) tidak ikhlas dalam tuntutan untukpilihan raya yang kononnya lebih adil, kalau tidak apa sebabnya mesti lakukanlakonan-lakonan tertentu, tuduhan-tuduhan tidak berasas yang disebarkan di dalamblog dan media asing.

“Nasib baik kali ini polis lebih peka dan tahu apa niat sebenar mereka dalamdemonstrasi itu dan rakaman-rakaman telahpun dibuat…bayangkan kalau tidak adarakaman, mereka bebas menuduh polis macam-macam,” katanya.

Hishammuddin berkata tindakan tersebut sebenarnya bertujuan mengalihkankelemahan pembangkang termasuk isu video seks melibatkan ketua pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dengan menimbulkan isu-isu lain mereka harap itu (video seks) dilupakan,kita tidak lupa, jangan ingat dengan menimbulkan isu lain, perkara lama kitalupakan,” katanya.

Ditanya kenapa polis mengambil masa hampir dua minggu untuk mendedahkanrakaman video perhimpunan haram itu, Hishammuddin berkata: “Biar lambat sedikit tetapi terperinci supaya tidak ada mana-mana pihak boleh memutarbelitkanapa yang didedahkan”

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s