Tuesday, October 8, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Wanita Dipenjara Dua Tahun Cuba Beri Sokongan Kepada IS - pakdin.my

Ummi Khalsom Bahak IS

Seorang penolong pegawai kredit dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba memberi sokongan kepada anggota militan IS, dengan cara mengahwini anggota kumpulan itu.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan selepas Ummi Khalsom Bahak, 26, menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan pilihan itu semasa kes berkenaan disebut hari ini.

Kamardin memerintahkan Ummi Khalsom menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 5 Okt lepas.

Difahamkan Ummi Khalsom merupakan wanita tempatan pertama yang dihukum penjara berhubung penglibatan dengan IS.

Pada 31 Okt lepas, Ummi Khalsom didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang kerana cuba memberi sokongan kepada IS dengan mengambil penerbangan pesawat Airasia dari klia2, Sepang ke Brunei dan Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan anggota kumpulan itu, Muhammad Aqif Huesen Rahizat.

Ummi Khalsom, yang diwakili peguam Datuk Hanif Hassan, didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen Balai Pelepasan Antarabangsa, klia2, pada pukul 5.20 pagi, 5 Okt 2014.

Ummi Khalsom didakwa mengikut Seksyen 130J9(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau 30 tahun penjara atau denda dan harta yang digunakan untuk tujuan itu boleh dirampas.

Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz memohon Ummi Khalsom dikenakan hukuman berat walaupun tertuduh mengaku terhadap pertuduhan pilihan yang mana dia boleh dihukum penjara seumur hidup atau 30 tahun atau denda.

Afzainizam juga memohon mahkamah mengambil kira tahap keseriusan kesalahan itu selain memberi pengajaran kepada tertuduh dan individu lain yang mempunyai niat sama.

Bagaimanapun peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah mengambil kira umur anak guamnya yang masih muda, belum berkahwin dan merupakan anak ketiga daripada tujuh adik-beradik.

Muhammad Aqif Huesen dan kumpulan IS disenaraikan sebagai pengganas oleh Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 66B dan 66D Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram pada 12 Nov 2014.

Mengikut fakta kes, Ummi Khalsom berkenalan dengan Muhammad Aqif Huesen melalui akaun Facebook dengan menggunakan nama “Umiey Summayah Al Malazie” dan kemudian sering berkomunikasi dengan menggunakan aplikasi “Whatapps” dan “Kakaotalk”.

Muhammad Aqif Huesen kemudian mengajak wanita itu berkahwin dan tinggal di Syria.

Ummi Khalsom bersetuju untuk berkahwin dan menyertai lelaki itu ke Syria selepas Muhammad Aqif Huesen berjanji untuk mendapatkan pembiayaan tiket penerbangan untuknya dari Malaysia.

Pada 13 September 2014, wanita itu enggan membeli tiket penerbangan dari klia2 ke Indonesia kerana takut ditangkap pihak polis, sebaliknya bersetuju untuk membeli tiket dari klia2 ke Brunei dan kemudian akan membeli tiket ke Istanbul, Turki secara dalam talian.

Ummi Khalsom juga memberitahu keluarganya di Seremban bahawa ibu kepada Muhammad Aqif Huesen, iaitu Kasmah Ismail akan datang merisiknya (Ummi Khalsom), namun bapa Ummi Khalsom membantah niat anaknya itu.

Bapanya kemudian membuat laporan polis selepas menyedari anaknya itu melarikan diri ke Melaka.

Rakan kepada Muhammad Aqif Huesen sempat mendepositkan wang berjumlah RM5,000 lagi selepas Ummi Khalsom menghubunginya untuk membeli tiket penerbangan baharu.

Bagaimanapun, Ummi Khalsom tidak sempat membeli tiket penerbangan barunya selepas ditangkap oleh pegawai dari Bahagian E8, Cawangan Anti-Keganasan Cawangan Khas, Ibu Pebajat Polis di kaunter Imigresen Balai Pelepasan Antarabangsa, klia2.

Antara barangan miliknya yang turut ditahan adalah sebuah telefon bimbit, pasport, tiket penerbangan, sebuah beg galas yang mengandungi pakaian serta wang tunai.

Ummi Khalsom dibawa ke Penjara Kajang.

[VIDEO] Banjir Chiang Mai makin buruk, gajah mati dihanyutkan air

Banjir teruk melanda Chiang Mai ketika air di Sungai Ping meningkat kepada rekod 5.3 meter semalam 5 Oktober 2024, manakala dua ekor gajah yang dihanyutkan dari sebuah taman perlindungan haiwan ditemui mati

[VIDEO] Tanah runtuh berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) dekat Kuala Kubu Bharu, awal pagi 5 Oktober 2024.

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, Isnin 16 September 2024.

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

[VIDEO] Tiga individu cedera akibat diserang memerang di Kota Kinabalu

Dua wanita masing-masing berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan memerang semasa melakukan aktiviti rekreasi di Tanjung Aru Perdana Park pada 11 September 2024..

[VIDEO] Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

[VIDEO] Banjir Chiang Mai makin buruk, gajah mati dihanyutkan air

Banjir teruk melanda Chiang Mai ketika air di Sungai Ping meningkat kepada rekod 5.3 meter semalam 5 Oktober 2024, manakala dua ekor gajah yang dihanyutkan dari sebuah taman perlindungan haiwan ditemui mati

[VIDEO] Pahang negeri ketiga isytihar amalan GISBH sesat, menyeleweng

Pahang merupakan negeri ketiga selepas Perlis dan Selangor mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang dikaitkan dengan kegiatan doktrin ketaasuban agama sebagai menyeleweng dan sesat.

[VIDEO] Tanah runtuh berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) dekat Kuala Kubu Bharu, awal pagi 5 Oktober 2024.

Thailand akan menerapkan sistem tanpa tunai pada tahun 2028, mendahului ASEAN dalam penggunaan pembayaran masa nyata

Thailand bersedia untuk beralih kepada masyarakat tanpa tunai dengan lebih pantas berbanding rakan serantaunya, didorong oleh penerimaan dan transformasi digital negara yang pesat, seperti dalam tinjauan Visa.

‘Seolah-olah kami tidak wujud’: Di sebalik letupan bom di Lubnan, rakyat Amerika berasa dipinggirkan

Karam, seorang warganegara Amerika yang terkandas di Lubnan, berkata dia berasa seolah-olah dia tidak dipedulikan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Pheu Thai memenangi pilihan raya kecil Phitsanulok

Jadet Jantar dari Parti Pheu Thai teras gabungan memenangi pilihan raya kecil di kawasan 1 pada Ahad 15 September 2024, menewaskan satu-satunya lawannya, Nathachanon Chanaburanasak dari People Party.

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, Isnin 16 September 2024.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan Terbuka Hong Kong

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah akhirnya menamatkan kemarau penantian kejuaraan dua tahun selepas mendominasi perlawanan final Terbuka Hong Kong selepas menundukkan wakil China Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 21-14, 21-14, sebentar tadi.

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: