Germanwings: Kapten Pecah Pintu Kokpit Guna Tuil Besi, Lubitz Pakai Topeng Oksigen - pakdin.my

germanwings-pecah-pintu-kokpit

KAPTEN juruterbang yang terbabit dalam nahas Germanwings pada Selasa minggu lalu sempat menjerit “bukakan pintu ini” dan cuba membuka pintu kokpit menggunakan sebatang tuil besi yang diletakkan di bahagian pesawat itu, menurut laporan baharu.

Media Jerman sebelum ini melaporkan ketua juruterbang Patrick Sondenheimer cuba memecah pintu kokpit menggunakan kapak.

Portal berita Mirror Online melaporkan bahawa semasa Sondenheimer cuba untuk memecah pintu kokpit, pembantu jurterbangnya Andreas Lubitz telah memakai topeng oksigen dan berada dalam keadaan tenang ‘membawa’ pesawat Airbus A20 itu ke pergunungan Alps di Perancis.

Pendedahan butiran baharu itu menunjukkan perkara yang sebenarnya berlaku di dalam pesawat, yang diterbitkan oleh majalah Perancis, ParisMatch yang mendakwa telah mendapat penerangan penuh berdasarkan perakam data penerbangan daripada seorang penyiasat.

Butiran baharu itu turut mendakwa terdapat sebuah klip video yang mendedahkan saat terakhir selepas pesawat Germanwings terhempas.

Menurut akhbar Jerman, Bild, kualiti rakaman itu terlalu kabur dan tiada individu yang dapat dikenal pasti, tetapi ia sedang diperiksa sebagai antara petunjuk kepada bahan bukti oleh pasukan penyiasat.

Jeritan para penumpang dapat dilihat, termasuk beberapa jeritan menyebut “Tuhanku” dalam beberapa bahasa.

Penemuan baharu ini dapat menyokong laporan bahawa Kapten Sondenheimer terkunci di luar kokpit cuba memecah masuk dengan menggunakan objek berat apabila pesawat itu mahu dihempaskan ke pergunungan Alps.

Pembantu juruterbang, Andreas Lubitz yang dipercayai menghempaskan pesawat Germanwings menyebabkan kesemua 150 penumpang dan anak kapal terkorban.

UTAMADUNIAGermanwings: Kapten Pecah Pintu Kokpit Guna Tuil Besi, Lubitz Pakai Topeng Oksigen

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium