Video: Pelajar Perempuan Di Penampang Bertumbuk Jadi Viral - pakdin.my

 

KOTA KINABALU: Rakaman video menunjukkan sekumpulan pelajar perempuan sekolah menengah bertumbuk menjadi viral di media sosial pada Selasa.

Klip video berdurasi selama 49 saat itu menimbulkan kemarahan di kalangan netizen yang kebanyakkannya menyifatkan ia sebagai perlakuan yang tidak wajar dan memalukan.

Pada awal rakaman klip video berkenaan kelihatan seorang remaja perempuan yang memakai kemeja-T Persatuan Bulan Sabit Merah menampar dan menumbuk seorang gadis lain yang memakai kemeja-T St John Ambulans yang dilihat tidak melawan.

Tindakan remaja berkenaan mengundang serangan balas gadis lain yang akhirnya menyebabkan pergaduhan besar sebelum ia dileraikan oleh sekumpulan pelajar lelaki.

Video yang dimuat naik di laman Facebook Penampang Buletin itu ditonton lebih 52,000 pelayar Internet serta turut dikongsi oleh 2,520 pemilik akaun Facebook.

Kes itu kini disiasat oleh pihak polis.

Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Jame Alip berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis sebelum tindakan yang sewajarnya diambil.

Pelajar Perempuan Bertumbuk SMK Limbanak Penampang

UTAMABERITAVideo: Pelajar Perempuan Di Penampang Bertumbuk Jadi Viral

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium