Perlekeh Suruhanjaya Diraja, Baik Tak Payah Minta Tubuh. - pakdin.my

Demi politik perbuatan menyalahi syarak pun mereka pertahankan

Lebih baik tak usah layan minta tubuh suruhanjaya kalau keputusan tidak dihormati. Inilah jadinya bila semua orang nak dipergunakan semata-mata untuk kepentingan politik.

Orang mati bunuh diri pun hendak dipolitikkkan dan dimuliakan oleh orang islam dalam pakatan pembangkang. Agama diperlekeh dan diperguna demi kepentingan politik.

Ada pihak cuba perlekeh Suruhanjaya Diraja

24/07/2011 6:55pm
Pihak yang tidak dapat menerima keputusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock bahawa pembantu khas seorang anggota exco kerajaan negeri Selangor itu membunuh diri, dilihat seolah-olah cuba memperlekehkan konsep penubuhan suruhanjaya tersebut.

Anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Syed Akhbar Ali berkata, tindakan itu juga boleh dianggap seperti tidak menghormati segala undang-undang yang terdapat di negara ini.

“Saya tidak faham mengapa mereka tidak boleh terima keputusan tersebut pada hal suruhanjaya itu ditubuhkan atas kehendak orang ramai dan mengikut proses undang-undang dan Perlembagaan negara.

“Sekiranya mereka terima keputusan bila suka dan tolak keputusan apabila ia tidak berpihak kepada mereka, maka mereka tidak memberi penghormatan kepada penubuhan suruhanjaya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

UTAMABERITAPerlekeh Suruhanjaya Diraja, Baik Tak Payah Minta Tubuh.

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium