Salib: DUN Dia, Negeri Dia, Salah UMNO… mengong - pakdin.my

isu-salib-taman_medan

PKR ternyata tersepit dalam soal sebuah gereja di Taman Medan yang dibantah penduduk setempat kerana lambang ‘Cross’nya sehingga lambang itu diturunkan berikutan desakan tersebut.

Selama hari ini PKR pamer diri mereka sebagai parti yang boleh selesai semua masalah dalam negara ini lebih baik dari BN, tapi baru cerita kecil macam ini pun dah kelam kabut. Dah mana pergi kononnya PKR parti yang mampu menjaga keharmonian semua penganut agama di negara ini?

Apa yang PKR tak boleh? Semua dia boleh. Alih-alih, lambang ‘Cross’ di Taman Medan itu menjadi isu.

Masalahnya pulak bila PKR tersepit, jalan keluar yang selalu dicari adalah menyalahkan UMNO, kerja senang. Dengan apa cara UMNO terlibat pun penulis tidak tahu, DUN itu wakilnya dia, negeri itu kerajaannya dia, tapi yang salah UMNO?

PKR betul parti gila.

Tak pasal Datuk Seri Najib terpaksa keluar kenyataan untuk tenangkan keadaan. Rekod bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di kawasan ini (Taman Medan) pun tak begitu baik sekalipun ISA dan segala macam masih wujud ketika itu, eh kenapa pulak ke situ perginya? Anggap sajalah selingan.

Balik pada isu tadi, dua penggal dah perintah negeri itu, takkanlah setiap kali ada masalah UMNO yang nak kena tanggung? Nampak sangat kegagalan mengawal satu negeri ini pun.

Ini jelasnya kegagalan PKR dari atas sampai bawah, jangan nak babitkan UMNO. Dari ADUN, kerajaan negeri dan kerajaan negeri tempatan, semuanya terlibat sehingga menyebabkan kejadian ini berlaku. Kalau mereka sensitif dengan rakyat disitu, ini semua tidak akan terjadi.

DAP pulak dalam masa yang sama, jangan cuba nak politikkan perkara ini. Angin-angin kesitu dah nampak dah tu. Isu ini tak perlukan DAP kerana penduduk dah selesaikan bersama pihak gereja. Penduduk nyatakan bantahan, gereja sukarela turunkan lambang tersebut, selesai, apa lagi yang tak puas hati?


Gereja Taman Medan Tidak Berlesen – MBPJ

Tanda salib diturunkan dari bangunan unit kedai yang beroperasi sebagai tempat beribadat.
Tanda salib diturunkan dari bangunan unit kedai yang beroperasi sebagai tempat beribadat.

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendedahkan gereja di Taman Jaya yang mendapat bantahan penduduk setempat terhadap tanda salib itu tidak berlesen kerana tiada permohonan bertulis dibuat untuk beroperasi sebagai tempat beribadat.

Turut didedahkan ialah gereja yang terletak di Metro Square PJS2B/3 itu tidak mempunyai permit untuk menggantung simbol salib di bangunan berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria berkata, berdasarkan pemeriksaan data pelesenan mendedahkan bahawa unit kedai yang digunakan sebagai gereja itu tidak mempunyai lesen untuk beroperasi sebagai tempat beribadat.

Ahad lalu, sekumpulan 50 penduduk berhimpun di luar gereja bagi membantah terhadap tanda salib pada bangunan itu, dengan mendakwa ia mencabar Islam.

Kumpulan itu mendesak gereja berkenaan supaya menurunkan tanda salib. Ia kemudiannya diturunkan pada kira-kira pukul 2 petang hari yang sama.

Zainun berkata, gereja itu boleh membuat permohonan bertulis untuk mendapatkan lesen.

“Unit kedai yang diubah menjadi tempat beribadat atau pusat meditasi mesti mengikut Akta 133 Seksyen 70(12) dan satu permohonan bertulis dengan menjelaskan aktivitinya perlu dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan. Perkara ini perlu dipatuhi bagi memastikan keselamatan mereka yang menggunakan bangunan itu,” katanya.

Beliau menambah, semua tempat beribadat yang mahu memaparkan logo atau simbol pada bangunan perlu mendapatkan permit MBPJ.

“Sama ada lambang teratai, tombak bercabang tiga mahupun salib, permit majlis perbandaran diperlukan,” kata Zainun.

Pegawai MBPJ membuat lawatan ke unit kedai itu pada Isnin untuk mengadakan perjumpaan dengan wakil gereja namun ia tidak berpenghuni ketika itu.

UTAMAPOLITIKSalib: DUN Dia, Negeri Dia, Salah UMNO... mengong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium