back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More
    📂

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Mangsa runtuhan gempa terselamat minum air kencing sendiri

    Rishi Khanal, 27 diselamatkan oleh penyelamat Perancis selepas terperangkap selama 3 hari.

    KATHMANDU: Seorang lelaki berjaya dikeluarkan dari sisa runtuhan sebuah hotel selepas tiga hari terperangkap akibat gempa bumi dengan meminum air kencing sendiri untuk terus hidup.

    Rishi Khanal, 27, yang diselamatkan oleh pasukan penyelamat Perancis berkata, beliau terperangkap di hotel di Kathmandu berkenaan sebaik selesai menikmati makan tengah hari.

    Katanya, selesai makan tengah hari beliau terus naik ke tingkat dua hotel apabila tiba-tiba bangunan bergoncang dan ranap.

    Beliau sempat berlindung di celah batu bata dengan kakinya terperosok di celah sisa runtuhan.

    “Saya ada sedikit harapan namun semalam saya putus asa. Kuku kaki sudah bertukar putih dan lidah saya merekah…saya hampir pasti tiada apa yang datang menyelamatkan saya.

    “Saya hampir yakin saya akan mati,” katanya kepada Associated Press dari katil rawatannya di hospital dengan dikelilingi ahli keluarganya.

    Khanal berkata, ketika di bawah runtuhan beliau dikelilingi mayat dengan bau yang cukup menusuk hidung.

    Namun beliau terus mengetuk sisa runtuhan di sekitarnya sebelum tiba-tiba pasukan penyelamat Perancis datang mengeluarkannya.

    Ketika pasukan penyelamat berusaha mengeluarkannya untuk beberapa jam, rupa-rupanya beliau sudah terperangkap lebih 82 jam di situ.

    “Tiada bunyi keluar atau bunyi masuk. Saya terus mengetuk sisa runtuhan dan akhirnya seseorang datang untuk membantu. Saya tidak makan apa-apa atau punyai air untuk diminum, jadi saya minum air kencing sendiri,” katanya.

    Lebih 5,000 orang dilaporkan maut, manakala lebih 10,000 lagi cedera akibat gempa 7.8 magnitud melanda Nepal, Sabtu lalu.

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)

    Send this to a friend