KPDNKK Cadang Naik Taraf Bahagian Penguat Kuasa Sebagai Jabatan - pakdin.my

Sepatutnya perkara ini difikir dan sudah dilaksanakan sebelum perlaksanaan GST.

kpdnkk-penguatkuasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang merangka kertas cadangan bagi menaik taraf bahagian penguat kuasa kementerian itu sebagai sebuah jabatan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hasan Malek berkata cadangan itu adalah sebahagian daripada usaha mentransformasi bahagian itu yang peranannya semakin penting dan mencabar berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Namun, pihaknya perlu mendapatkan beberapa pandangan termasuk daripada Kementerian Kewangan mengenai cadangan itu sebelum dibawa kepada penelitian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri, sebelum boleh dibentangkan di Parlimen.

“Ada beberapa perkara yang perlu dibereskan terlebih dahulu, malah saya juga akan berbincang dengan beberapa pihak lain yang berkenaan supaya hasrat ini dapat dijayakan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Penguat Kuasa 2015 di KPDNKK di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Hasan berkata sebanyak 31 kes berkaitan kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bakal dibawa ke mahkamah.

Beliau berkata setakat ini, satu syarikat telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mengikut akta itu manakala dua lagi syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang dan Kota Baharu, Kelantan esok bagi kesalahan sama.

“Pendakwaan ini diharap akan menjadi satu ingatan kepada syarikat dan peniaga yang tamak agar jangan sesekali mempermainkan usaha kerajaan melindungi pengguna dan peniaga yang mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada,” katanya.

Trendcell Sdn Bhd yang memiliki Jaya Grocer Supermarket hari ini menjadi syarikat pertama di Malaysia dihadapkan di mahkamah mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 atas dakwaan menaikkan margin keuntungan penjualan sekilogram kacang bendi sebanyak RM6.60, iaitu daripada RM3.10 pada 1 Jan lepas kepada RM9.70 pada 3 Jan hingga 20 Jan lepas di premisnya di Bangi.

UTAMAKPDNKK Cadang Naik Taraf Bahagian Penguat Kuasa Sebagai Jabatan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium