Utama POLITIK PILIHAN RAYA PRK Rompin: Keputusan Rasmi, Calon BN Menang Dengan Majoriti 8,895

PRK Rompin: Keputusan Rasmi, Calon BN Menang Dengan Majoriti 8,895

Rompin – KEPUTUSAN RASMI PRK ROMPIN: Calon BN Datuk Hasan Arifin menang dengan majoriti 8,895 undi, setelah meraih 23,796 undi.

Hasan, 62, yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin dan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang memperoleh 23,796 undi, berbanding Nazri dengan 14,901 undi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Fadzilla Salleh, di pusat penjumlahan undi, Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.

Majoriti: 8,895
Jumlah Pengundi: 53,294
BN: 23,796
PAS: 14,901

Majoriti 2013: 15,114
Jumlah Pengundi: 53,596
BN:30,040
PAS:14,926
Majoriti 2008: 10,679
Jumlah Pengundi:41,701
BN:21,308
PAS:10,629

Exit mobile version