31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

6 Kanak-Kanak Disaman Kerana Berlumba Basikal Lajak Di Kuala Kubu Bharu

Gara-gara berlumba basikal lajak, enam kanak-kanak lelaki berusia antara 12 hingga 13 tahun disaman RM150 setiap seorang petang semalam.
Penahan tersebut dilakukan sepasukan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di di Taman Millenium Kuala Kubu Bharu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Lim Bak Phai dilaporkan berkata pemeriksaan mendapati kesemua basikal yang diubahsuai tanpa dilengkapi dengan sistem brek.
“Basikal berkenan disita dan ibu bapa kepada kanak-kanak dipanggil untuk tindakan lanjut di bawah kesalahan menurut Kaedah 42 LN 166/69.
“Manakala saman RM150 dikenakan terhadap setiap seorang kanak-kanak yang terbabit melakukan aktiviti perlumbaan menggunakan basikal lajak,”katanya,
Pada masa sama, beliau juga menasihatkan ibubapa agar memantau pergerakan anak-anak termasuk memeriksa basikal supaya sebarang pengubahsuaian yang dikategorikan sebagai basikal lajak dapat dikesan.





Berita Berkaitan

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan