Thursday - August 5, 2021 @ 19:08
BERITANASIONAL6 NKRA Yang Di Wujudkan Berkaitan Rapat Kehidupan Seharian Rakyat Di Landasan...

6 NKRA Yang Di Wujudkan Berkaitan Rapat Kehidupan Seharian Rakyat Di Landasan Baik

Memasuki tahun kedua, pelaksanaan 6 Bidang Keberhasilan Utama, N-K-R-A demi meningkatkan taraf hidup rakyat kini di landasan baik.

Siang tadi laporan separuh pertama 2011 di umumkan.

Dengan perkembangan ditunjukkan, agenda di bawah Program Transformasi Kerajaan, GTP itu diyakini mampu mencapai sasaran bagi keseluruhan 2011.

6 NKRA yang di wujudkan adalah bidang berkait rapat dengan kehidupan seharian rakyat.

Dalam aspek mengurangkan jenayah, tahap ketakutan dicatat semakin menurun.

52 peratus pada Januari 2011 kepada 48.9 peratus Mei lalu.

Tahap kepuasan dengan perkhidmatan polis juga meningkat 55 peratus pada Mei berbanding tempoh sama tahun lalu, 42.2 peratus.

 

Bagi NKRA meningkatkan pencapaian pelajar pula, 58 peratus golongan cilik kini mengikuti pra-sekolah.

Sasaran tahun ini 80 peratus.

Sekolah cemerlang pula melangkaui jangkaan apabila 52 buah sekolah di iktiraf layak sedangkan sasarannya hanya 50 buah sekolah.

Tahun ini turut menetapkan lagi 3 peratus guru besar dan pengetua mendapat tawaran baru bagi kalendar akademik 2012.

Februari lalu, ketika pertama kali diperkenalkan hanya 2 peratus mendapat insentif baru berkenaan

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here