6 pekerja kilang cedera, bas persiaran terbabas di Bukit Tagar - pakdin.my

bas-terbalik-bukit-tagar

Seramai enam daripada 43 pekerja kilang penumpang sebuah bas persiaran cedera apabila kenderaan itu terbabas ke dalam longkang di Kilometer 421.5, Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara dekat Bukit Tagar, hari ini.

Mangsa yang cedera dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu ialah dua lelaki dan empat wanita.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Radzi Hassan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.35 malam dan tiba ke lokasi kejadian 30 minit kemudian.

“10 anggota bertugas membantu mengeluarkan mangsa-mangsa yang cedera.

“Kesemua mereka kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini.

UTAMABERITA6 pekerja kilang cedera, bas persiaran terbabas di Bukit Tagar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium