34.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 25, 2021

6 pelacur warga asing ditahan

SERDANG: Enam wanita warga asing dipercayai pelacur ditahan dalam serbuan polis di pusat urut di Bandar Puchong Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang membuat serbuan di premis itu jam 10.20 malam hasil maklumat dan risikan.

Menurutnya, lelaki yang bekerja sebagai penjaga kaunter dan enam tukang urut terdiri daripada empat wanita Vietnam, seorang warga Thailand dan seorang warga India ditahan.

“Premis terbabit menyediakan khidmat urut dan dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran.

“Ketika serbuan terdapat dua pelanggan dalam premis itu,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Razali berkata, polis turut merampas dua helai tuala, tisu, botol minyak, kondom, jadual kerja dan wang tunai RM235.

“Siasatan lanjut dijalannkan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6 (1) (c) akta sama dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.