30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

6 pelajar keracunan kenduri duduki PMR di hospital

CALON PMR KERACUNAN MAKANAN -1 CALON PMR KERACUNAN MAKANAN -2

Enam pelajar yang menjadi mangsa keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat Sungai Petani Sabtu lepas, merupakan antara calon yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hari ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Mansor Lat berkata, empat mangsa menduduki peperiksaan itu di Hospital Yan, seorang pelajar di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan seorang di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

“Kesemua pelajar dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, di Hospital Yan, seorang pelajar Nurul Syakiroh Dahalin, 15, yang mendapat rawatan akibat keracunan makanan Sabtu lepas berkata, walaupun sakit dia tetap mahu mengambil peperiksaan yang berlangsung selama empat hari itu.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong, Merbok itu berkata, walaupun terpaksa menjawab kertas peperiksaan dalam keadaan dirinya yang tidak sihat, dia yakin dapat menjawab dengan baik.

“Di sini saya ada masa juga untuk ulang kaji pelajaran. Saya ulang kaji mata pelajaran untuk ambil periksa ini. Dalam pukul 10 sampai 11 malam saya baca buku dengan kawan yang lain.

“Rasa mengantuk pun ada dan cuba untuk fokus kepada peperiksaan ini. Perkara nak jadi… saya terima,” katanya.

Bagi Nurul Asyikin Mahamad Nor, 15, berkata, dia agak sedih kerana tidak dapat menjawab peperiksaan bersama rakan yang lain dalam dewan peperiksaan di sekolahnya iaitu SMK Seri Badong.

Katanya, usaha kerasnya selama ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membolehkannya mendapat keputusan yang cemerlang walaupun terpaksa menghadapi peperiksaan di hospital.

Berikutan kes keracunan makanan itu, empat orang maut pada Ahad dan semalam, manakala lebih 200 orang lagi telah mendapatkan rawatan di beberapa hospital berdekatan dengan yang paling ramai di Hospital Yan dan HSAH.






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Malaysia Mahathir punya – Najib Razak

Pagi ini, Tun Mahathir kritik UMNO sebab kita mahu timbangkan semula kerjasama kita dengan...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan